Hari Ini Sudah Berselawat

Pelajar Rajin Membaca dan Menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Kita di ajar membaca dan menulis sejak kecil di rumah, masuk tadika dan sekolah rendah. Kenapa kita diajar menulis dan membaca? Ini kerana aktiviti ini merupakan perkara asas yang mesti dilakukan oleh seorang penuntut ilmu. Penuntut ilmu yang telah berjaya masuk ke institusi pendidikan tinggi sepatutnya telah membaca dan menulis dengan lebih banyak lagi dan aktiviti ini seharusnya menjadi amalan atau rutin harian.

Namun, apa yang berlaku sekarang ini ramai pelajar yang malas membaca dan menulis. Tidak semua pelajar yang masuk ke bilik kuliah akan menulis nota dan membaca apa yang disampaikan oleh pensyarah mereka. Tugasan yang diberikanPerkara ini dirasakan menjadi salah satu faktor mengapa pelajar-pelajar kurang membaca.

Seorang pelajar mesti rajin membaca dan menulis. Perbuatan ini telah pun diajarkan sejak dari tadika lagi dan tidak sepatutnya menjadi beban kepada pelajar. Setiap hari manusia akan membaca seperti membaca iklan, surat khabar, sistem pesanan ringkas dan sebagainya. Kenapa kemahiran membaca dan menulis tidak diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan ulang kaji?


Teruskan berdoa dan berusaha..


Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Pelajar Rajin Membaca dan Menulis"

Back To Top