Hari Ini Sudah Berselawat

Membaca Al-Quran Kunci Kejayaan Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Sumber ilmu yang tinggi di dunia ini tidak lain dan tidak bukan ialah Al-Quran. Isi kandungan Al-Quran tertulis berbilion-bilion dan lebih tentang ilmu yang ada dilangit dan bumi. Al-Quran merupakan wahyu secara langsung dari Allah SWT dihantar kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril untuk di sebarkan ke seluruh alam sebagai panduan hidup.


Dengan hanya membaca Al-Quran sahaja boleh mendapat ganjaran pahala yang berlipat-kali ganda, apatah lagi memahami, menghayati dan mengamalkan isinya.


Oleh yang demikian, setiap orang pelajar perlu mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari. Untuk meningkatkan kepintaran dan kecerdasan diri banyakkan menghafaz ayat-ayat Al-Quran.


Membaca Al-Quran merupakan salah satu makanan yang mengenyangkan rohani kita yang sering lapar umpama jasad kita juga. Dengan banyaknya membaca Al-Quran menjadikan hati kita bersih. InsyaAllah anda pasti akan berjaya dalam pelajaran walau apa bidang yang tidak melanggar syariat sekali pun.
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Membaca Al-Quran Kunci Kejayaan Pelajar"

Back To Top