Signifikan Meskipun Ringkas

leaderboard2 denaihati Banner




Kurikulum tersembunyi atau tersirat

on 19 January 2010

Assalamualaikum WBT

Hari ini saya ingin berkongsi tentang sejenis Kurikulum yang jarang sekali dibincangkan. Kurikulum yang saya maksudkan adalah kurikulum tersembunyi.



Kurikulum tersembunyi atau tersirat

Kurikulum jenis ini tidak dibuat atau dirancang secara formal, tetapi berlaku tidak disedari oleh guru dan pelajar-pelajar.

Kurikulum ini dapat dihayati oleh murid-murid melalui peraturan yang inginkan kebaikan bersama seperti perbarisan sebelum memasuki bilik darjah, perhimpunan mingguan, jadual harian pembersihan bilik darjah, peraturan waktu makan di kantin, disiplin semasa di bilik darjah, peraturan di perpustakaan dan lain-lain lagi.

Pengalaman yang diterima itu sebenarnya boleh memberi panduan kepada masa hadapa murid-murid apabila mereka tamat belajar secara formal.

Implikasi kurikulum tersembunyi ini lebih kepada kesedaran, keinsafan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh sesetengah murid.

Sumber:

Mohd. Saleh Lebar(1996).Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

nrelate

Teman Paling Mesra



Hadith

Capaian

Jom Follow Me

 
© NOTA MENGAJAR BELAJAR All Rights Reserved