Hari Ini Sudah Berselawat

7 Tip Pembahagian Masa

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setelah masalah internet selesai, dapat juga saya menulis sesuatu di blog http://notamengajarbelajar.blogspot.com/ ini.

Saya terpaksa mencari kembali rakan-rakan blog list saya yang tiba-tiba hilang daripada My Blog List.

7 Tip Pembahagian Masa
Masa


Syukur, ada ruang masa untuk mengisi kembali senarai My Blog List, biarpun tidak ramai. In sha Allah, saya akan kemas kini dari semasa ke semasa.

Hari ini, saya ingin kongsikan 7 Tip Pembahagian Masa yang sepatutnya kita ambil berat kerana setiap hari ada sahaja aktiviti yang kita lakukan.

Meskipun banyak mana aktiviti yang kita lakukan, jika boleh usah sisihkan 7 Pembahagian Masa yang saya kongsikan ini.

7 Tip Pembahagian Masa


7 Pembahagian Masa ini merupakan hasil kajian yang dibuat oleh Davidson (1997) dan Wetmore (1999).

7 Pembahagian Masa yang dimaksudkan adalah:
  1. Keluarga
  2. Masyarakat
  3. Kesihatan
  4. Kewangan
  5. Kerohanian
  6. Tugas
  7. Pembangunan Kendiri

Keluarga


Kebanyakkan rakyat Malaysia termasuk saya kini tinggal berjauhan daripada ibu bapa kita disebabkan tempat kerja ataupun tempat belajar yang jauh.


Oleh itu, cuba hubungi ibu bapa kita sekerap mungkin. Dengan berbuat sedemikian, ibu bapa kita akan gembira.

Kegembiraan mereka boleh mengundang rahmat kepada kita. Mereka akan mendoakan kita dan kehidupan kita akan lebih bahagia.

Tambah pendapatan dengan bekerja sendiri dengan Shopee

Masyarakat


Secara normal, manusia akan saling berhubungan antara sesama manusia. Jarang sekali kita jumpa manusia yang tidak berhubung dengan manusia lain atau tidak bermasyarakat.

Justeru, kita perlu sensitif terhadap orang-orang yang berada di sekeliling kita termasuklah rakan sebilik, rakan sekelas, rakan sekerja dan sebagainya.

Cuba ringankan tulang membantu orang yang mengalami masalah atau kesusahan. Bantuan yang kita beri perlu ikhlas kerana Allah SWT.

Usah bimbang dengan masa yang kita peruntukkan untuk membantu orang lain kerana, setiap kebaikan yang kita lakukan akan dibalas oleh Allah SWT.

Kesihatan


Kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai bagi diri setiap orang. Orang yang mampu bekerja kerana dia ada kesihatan. Orang yang mampu belajar juga kerana dia mempunyai kesihatan.

Apabila kita ditimpa dengan kesakitan, banyak perkara-perkara rutin yang kita lakukan terpaksa ditinggalkan.

Lantaran itu, kita perlu pastikan diri kita sentiasa berada dalam keadaan sihat. Pilihlah makanan yang seimbang, tidur yang cukup dan senaman yang cukup.

Kewangan


Zaman sekarang, kebanyakkan perkara memerlukan wang. Keluar sahaja dari rumah, wang terpaksa digunakan. Mungkin untuk membeli makanan, membeli tiket bas atau membayar minyak untuk diisi ke dalam kenderaan.

Sebaiknya, kita peruntukkan masa untuk mengurus perbelanjaan kita dan pastikan kita menabung sekurang-kuranganya 10% daripada pendapatan kita untuk simpanan kecemasan.

Usah terlalu lokek dalam berbelanja untuk meningkat ilmu seperti membeli Tafsir Al-Quran, buku, alat tulis dan lain-lain lagi.

Kerohanian


Elemen kerohanian merupakan perkara penting yang tidak boleh tidak kita perlu sediakan ruang masa untuknya. 

Ia amat mempengaruhi sikap kita terhadap kehidupan yang kita jalani. Bagi umat Islam, solat lima waktu wajib ditunaikan.

Cari masa untuk kita sentiasa boleh menuntut ilmu Islam di masjid, surau atau sebarang tempat pengajian.

Tambahkan amalan-amalan sunat untuk memantapkan rohani seperti berpuasa sunat, bersedekah, berzikir dan sebagainya.

Pengabdian diri kepada Allah SWT memudahkan kita untuk memperoleh rahmat dan pertolonganNya.


Tugas


Tidak kira apa tugas kita sama ada seorang pekerja atau pelajar, masa untuk aspek ini tidak boleh ditinggalkan.

Inilah kehidupan kita. Kalau kita seorang pelajar, belajar lah bersungguh-sungguh agar matlamat yang ditetapkan boleh dicapai.

Pembangunan Kendiri


Pembagunan kendiri merupakan salah satu aspek penting bagi diri kita kerana ia merupakan penyumbang besar kepada kerjaya kita.

Sebagai contoh, bagi seorang cikgu tugasnya adala mendidik pelajar. Di samping itu dia perlukan kemahiran berkomunikasi dengan orang dewasa. 

Ini kerana dia bukan sahaja akan berdepan dengan pelajar-pelajarnya, tetapi dia bakal berdepan dengan masalah-masalah lain yang melibatkan orang luar atau waris pelajar.

7 Tip Pembahagian Masa ini merupakan perkongsian yang ditujukan khas untuk diri saya sendiri sebenarnya. Sebabnya, kadang-kadang kita mudah lupa.

Semoga kita semua dirahmati Allah SWT.



  

14 Komentar untuk "7 Tip Pembahagian Masa"

bagus semua tips ini.. yang penting kena seimbang pembahagian masa untuk diri sendiri dan semua komitmen seharian..

terima kasih tipnya pembahagian masa yang penting ni. kadang-kadang lupa dan terlepas pandang.

sama-sama, peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya.

tips yang lengkap, kadang kala bila sibuk susah untuk kita membahagikan masa.

nice share.. walau sesibuk mana sekalipun, masa untuk agama/akhirat kena diperuntukkan.. kalau tak, sia2 hidup.. hehehe

betul tu...saya pun sendiri alfa dengan masa...

saya amat bersetuju dengan dengan Tuan. agama dan akhirat adalah matlamat yang wajib kita capai

Pembahagian masa perlu juga ilmu agar ianya lebih teratur dan beri kesan positif

Back To Top