Hormat-Mengormati Menjana Kecemerlangan Pelajar


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


'Hablum minallah wa hablum minnas'


Panduan untuk menjalani hidup ini dengan kebahagiaan perlu di patuhi dengan sebaiknya. Maka itu, Allah SWT memerintahkan kita menjaga hubungan denganNYA dan menjaga hubungan sesama manusia. InsyaAllah kita pasti akan berjaya.


Salah satu kaedah atau cara menjaga hubungan sesama manusia ialah saling hormat menghormati. Sebagai seorang pelajar, anda perlu memupuk dan mangamalkan sikap hormat-menghormati antara semua lapisan masyarakat mengikut lunas Islam.



  • Hormatilah Allah SWT dengan melaksanakan titah perintah NYA

  • Hormatilah Rasulullah SAW dengan melakukan ajarannya

  • Hormatilah ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh dan membantu mereka

  • Hormatilah Guru atau Pendidik yang berusaha menyalurkan ilmu dengan mengikut arahan mereka, bertanya dan membantu mereka jika perlu

  • Hormatilah ahli keluarga dengan menjaga dan menolong mereka

  • Hormatilah kawan-kawan sebaya dengan belajar dan membantu mereka

  • Hormatilah orang lain dengan membantu mereka

  • Hormatilah makhluk lain dengan menjaga dan tidak merosakkan mereka

Wujudnya budaya hormat-menghormati dalam kalangan pelajar menyebabkan mereka seronok untuk belajar. Perbuatan hormat-menghormati akan mendatangkan ketenangan, menambah pahala dan menghapus dosa. Apabila dosa terhapus mudahlah doa terkabul.


Teruskan berdoa dan berusaha..

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Buku Saya

Buku Saya
Sebuah Buku Kecil Untuk Mengenali Erti Syukur. Berminat? SMS 012-4603666

Followers

Google+ Followers

Komen Terbanyak Bulan Ini

Vote For Us!

Blogged.my Free Automatic Link Page Ranking Tool Referer List