Jom Kita Berselawat

Banyakkan Memberi Faktor Kejayaan Pelajar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Antara faktor penting dalam menyumbang kepada kejayaan kepada seseorang pelajar ialah sikap pelajar tersebut. Salah satu aspek yang ingin saya sentuh untuk entri kali ini adalah berkenaan sikap memberi sumbangan atau memberi bantuan. Ciri-ciri pelajar cemerlang ialah mereka yang sangat mudah membantu dan menghulurkan pertolongan.


Namun demikian, pelajar perlu bijak dalam memberi bantuan. Banyakkan membantu ibu bapa, membantu guru, membantu rakan-rakan dan lain-lain lagi. Maksud saya banyak memberi di sini ialah memberi sumbangan dalam hal-hal yang pelajar itu mampu dari segi tenaga, masa atau mungkin kewangan.


Bentuk-bentuk bantuan yang boleh dilakukan adalah seperti memberi tunjuk ajar kepada adik-adik, ahli keluarga dan kawan-kawan dalam hal-hal pelajaran. Membantu ibu dan bapa di rumah seperti memasak, mengemas rumah, menjaga adik kecil dan sebagainya. Membantu guru mengangkat barang atau sebarang pertolongan yang diperlukan oleh guru kita.


Sikap banyak membantu dapat melatih seseorang itu ikhlas dan tenang sepanjang masa. Apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas InsyaAllah segalanya akan diberkati dan mudah mendapat hasil yang diimpikan. Seterusnya doa mudah dikabulkan.


Selamat beramal.
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Banyakkan Memberi Faktor Kejayaan Pelajar"

Back To Top