Hari Ini Sudah Berselawat

Takrif Istilah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya bersedia untuk post sesuatu dalam blog ni pada waktu malam, tetapi semalam saya tidak sempat untuk post sebab rumah saya blackout.

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang sering kita dengar terutamanya pelajar dan pengajar iaitu maksud istilah ujian, pengukuran dan penilaian.

Takrif Istilah

Ujian merupakan alat atau prosedur yang bersistematik yang digunakan untuk mengukur sesuatu sampel tingkah laku.
  1. Untuk menentukan prestasi pelajar dalam sesuatu bidang.
  2. Untuk menguji kemahiran dalam sesuatu subjek.
Pengukuran merupakan proses mendapatkan penerangan berangka (data) mengenai tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu kemahiran.
  1. Untuk menentukan sejauhmana kejayaan seseorang pelajar.
  2. Proses pengukuran boleh menerangkan kepada kita status pelajar berdasarkan skala sahaja, iaitu sejauh mana markah seseorang.
Penilaian merupakan proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penginterpretasian keterangan tentang setakat mana pelajar telah mencapai objektif pengajaran.
  1. Untuk membuat pertimbangan tentang kebolehan dan keupayaan murid berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.
  2. Menilai sebaik mana pencapaian pelajar dalam proses pembelajarannya.


Mohamad Najib Ghafar


" Tiada saat yang paling menyeronokkan dalam hidup selain masa belajar dan tiada saat yang paling menggembirakan selain masa mendapatkan keputusan yang cemerlang"
0 Komentar untuk "Takrif Istilah"

Back To Top