Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Allahumma Solli'ala Muhammad
Saya cukup kagum dengan rakan-rakan saya yang petah Berbahasa Inggeris walaupun mereka tidak perlu menghadiri kelas belajar bahasa Inggeris.
Ada kawan saya ni terlalu minat Kelab Bola Sepak Arsenal.
Oleh kerana dia mahu mengetahui perkembangan kelab ini dia sanggup membaca berita atau artikel dalam bahasa Inggeris walaupun pada asalnya dia tidak pandai bahasa Inggeris.
Lama-lama dia pandai berbahasa Inggeris. Itu sahaja rahsianya.
Ada rahsia lain untuk pandai berbahasa inggeris tanpa perlu hadiri kelas.
Anda ingin tahu juga?
Jom baca selanjutnya.
Anda boleh pilih mana-mana drama atau filem yang ada subtitle dalam bahasa Inggeris.
Kalau boleh pilih filem yang membuatkan kita terpaksa membaca subtitle untuk faham jalan cerita tersebut.
Pilih mana-mana drama atau filem yang memang bercakap dalam bahasa Inggeris dan ada subtitle yang juga memang dalam bahasa Inggeris.
Belajar bahasa Inggeris melalui menonton filem lebih berkesan daripada membaca buku sahaja.
Mulai hari ini, jangan sekadar menonton filem sahaja, tapi setkan dalam minda untuk belajar bahasa Inggeris sambil menonton filem.
Bagaimana kita boleh pandai bercakap dengan cepat kalau kita enggan menggunakan bahasa Inggeris sekerap yang mungkin.
Oleh itu, cuba latih bercakap dalam bahasa Inggeris dengan kenalan rapat kita, dengan anak, isteri, adik, abang, kakak dan sebagainya.
Bahkan kalau anda mahu berbicara sendirian juga boleh bercakap dalam bahasa Inggeris.
Jangan hiraukan kesalahan grammar dalam bahasa Inggeris. Saya sudah jumpa ramai orang luar seperti Jepun, China dan sebagainya.
Kadang-kadang, kefasihan berbahasa Inggeris mereka tidak sehebat mana tetapi mereka berani mencuba untuk berbahasa Inggeris.
Setiap hari kita boleh menulis. Betul tak?
Kalau tidak menggunakan pensil pun kita boleh menggunakan henset atau komputer.
Untuk melatih diri pandai bahasa Inggeris, cuba tulis semua perkara dalam bahasa Inggeris.
Sebagai contoh, kalau anda mahu menghantar mesej kepada rakan, ibu, adik dan sebagainya menggunakan bahasa Inggeris.
Kalau anda mahu menulis nota seperti "tolong simpan selepas guna" tukarkan ke dalam bahasa Inggeris.
Cuba dengan lagu dalam bahasa Inggeris yang mudah untuk anda kenal setiap patah perkataannya dan mudah difahami.
Cuba hafal lirik lagu tersebut dan semak setiap patah perkataannya adakah sama dengan lirik asal.
Cara ini mungkin akan gagal buat pertama kalinya, tetapi kalau anda cuba berulang-ulang kali, insyaAllah anda akan dapat rasai perubahannya.
Bila anda sudah ingat lirik tersebut cuba ambil kertas dan tulis kembali liriknya tanpa melihat lirik asal.
Untuk pandai berbahasa Inggeris anda perlu banyak membaca kosa kata (vokabulary).
Kosa kata ibarat modal untuk berbelanja. Kalau anda ada banyak modal boleh lah banyak berbelanja.
Bila anda banyak penguasaan kosa kata dalam bahasa Inggeris lebih banyak yang anda tulis atau cakap.
Anda mungkin boleh menghafal setiap kosa kata bahasa Inggeris satu persatu. Tetapi aktiviti ini memang membosankan.
Bagi saya, kalau anda sering menonton filem, dengar lagu dan sering menulis dalam bahasa Inggeris, insyaAllah pengguasaan kosa kata anda akan bertambah.
Untuk meningkatkan keyakinan diri anda dalam mempelajari bahasa Inggeris, anda perlukan rujukkan.
Buku adalah rujukan terbaik kerana anda boleh bawa dia ke mana-mana yang anda suka dan bila anda perlukannya.
Anda boleh dapatkan panduan --->>Kuasai Bahasa Inggeris sebagai rujukan dan bertanya rakan-rakan anda yang pandai berbahasa Inggeris.
Semua aktiviti ini hendaklah dilakukan berulang kali. Setiap orang mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang berbeza-beza.
Anda tentu tahu tahap anda bagaimana.
Kalau anda rasa lemah, proses mengulang juga perlu lebih banyak berbanding orang lain.
Tajuk di atas bermaksud cara untuk anda belajar bahasa Inggeris dalam masa satu hari bukannya anda akan pandai dalam berbahasa Inggeris dalam masa satu hari.
Namun, tidak mustahil kalau Allah SWT nak izinkan anda boleh pandai berbahasa Inggeris dalam masa satu hari.
Saya doakan anda berjaya belajar bahasa inggeris dengan pantas.
Lagi cepat anda belajar lagi cepat anda pandai. InsyaAllah. Jangan lupa dapatkan panduan Kuasai Bahasa Inggeris sekarang.

Good way to learn english |
6 Cara Belajar Bahasa Inggeris Sendiri Dalam Masa Satu Hari
#1 Menonton Filem
Anda boleh pilih mana-mana drama atau filem yang ada subtitle dalam bahasa Inggeris.
Kalau boleh pilih filem yang membuatkan kita terpaksa membaca subtitle untuk faham jalan cerita tersebut.
Pilih mana-mana drama atau filem yang memang bercakap dalam bahasa Inggeris dan ada subtitle yang juga memang dalam bahasa Inggeris.
Belajar bahasa Inggeris melalui menonton filem lebih berkesan daripada membaca buku sahaja.
Mulai hari ini, jangan sekadar menonton filem sahaja, tapi setkan dalam minda untuk belajar bahasa Inggeris sambil menonton filem.
#2 Bercakap Menggunakan Bahasa Inggeris
Bagaimana kita boleh pandai bercakap dengan cepat kalau kita enggan menggunakan bahasa Inggeris sekerap yang mungkin.
Oleh itu, cuba latih bercakap dalam bahasa Inggeris dengan kenalan rapat kita, dengan anak, isteri, adik, abang, kakak dan sebagainya.
Bahkan kalau anda mahu berbicara sendirian juga boleh bercakap dalam bahasa Inggeris.
Jangan hiraukan kesalahan grammar dalam bahasa Inggeris. Saya sudah jumpa ramai orang luar seperti Jepun, China dan sebagainya.
Kadang-kadang, kefasihan berbahasa Inggeris mereka tidak sehebat mana tetapi mereka berani mencuba untuk berbahasa Inggeris.
# 3 Tulis Semua Perkara Dalam Bahasa Inggris
Setiap hari kita boleh menulis. Betul tak?
Kalau tidak menggunakan pensil pun kita boleh menggunakan henset atau komputer.
Untuk melatih diri pandai bahasa Inggeris, cuba tulis semua perkara dalam bahasa Inggeris.
Sebagai contoh, kalau anda mahu menghantar mesej kepada rakan, ibu, adik dan sebagainya menggunakan bahasa Inggeris.
Kalau anda mahu menulis nota seperti "tolong simpan selepas guna" tukarkan ke dalam bahasa Inggeris.
#4 Dengarkan Lagu Dalam Bahasa Inggris
Cuba dengan lagu dalam bahasa Inggeris yang mudah untuk anda kenal setiap patah perkataannya dan mudah difahami.
Cuba hafal lirik lagu tersebut dan semak setiap patah perkataannya adakah sama dengan lirik asal.
Cara ini mungkin akan gagal buat pertama kalinya, tetapi kalau anda cuba berulang-ulang kali, insyaAllah anda akan dapat rasai perubahannya.
Bila anda sudah ingat lirik tersebut cuba ambil kertas dan tulis kembali liriknya tanpa melihat lirik asal.
#5 Baca Kosa Kata (Vokabulary)
Untuk pandai berbahasa Inggeris anda perlu banyak membaca kosa kata (vokabulary).
7 Cara Belajar Bahasa Inggeris Sendiri Dalam Masa Satu Hari |
Kosa kata ibarat modal untuk berbelanja. Kalau anda ada banyak modal boleh lah banyak berbelanja.
Bila anda banyak penguasaan kosa kata dalam bahasa Inggeris lebih banyak yang anda tulis atau cakap.
Anda mungkin boleh menghafal setiap kosa kata bahasa Inggeris satu persatu. Tetapi aktiviti ini memang membosankan.
Bagi saya, kalau anda sering menonton filem, dengar lagu dan sering menulis dalam bahasa Inggeris, insyaAllah pengguasaan kosa kata anda akan bertambah.
#6 Semak Tatabahasa Inggeris dari semasa ke semasa.
Untuk meningkatkan keyakinan diri anda dalam mempelajari bahasa Inggeris, anda perlukan rujukkan.
Buku adalah rujukan terbaik kerana anda boleh bawa dia ke mana-mana yang anda suka dan bila anda perlukannya.
Anda boleh dapatkan panduan --->>Kuasai Bahasa Inggeris sebagai rujukan dan bertanya rakan-rakan anda yang pandai berbahasa Inggeris.
#7 Lakukan Berulang-Ulang
Semua aktiviti ini hendaklah dilakukan berulang kali. Setiap orang mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang berbeza-beza.
Anda tentu tahu tahap anda bagaimana.
Kalau anda rasa lemah, proses mengulang juga perlu lebih banyak berbanding orang lain.
Penutup
Merujuk kepada tajuk di atas, saya tidak menjamin 100% bahawa anda pasti akan pandai berbahasa Inggeris dalam masa satu hari.
Tajuk di atas bermaksud cara untuk anda belajar bahasa Inggeris dalam masa satu hari bukannya anda akan pandai dalam berbahasa Inggeris dalam masa satu hari.
Namun, tidak mustahil kalau Allah SWT nak izinkan anda boleh pandai berbahasa Inggeris dalam masa satu hari.
Saya doakan anda berjaya belajar bahasa inggeris dengan pantas.
Lagi cepat anda belajar lagi cepat anda pandai. InsyaAllah. Jangan lupa dapatkan panduan Kuasai Bahasa Inggeris sekarang.
Tag :
Bahasa Inggeris
0 Komentar untuk "7 Cara Belajar Bahasa Inggeris Sendiri Dalam Masa Satu Hari"