Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Allahumma Solli'ala Muhammad
Pernahkah anda menghukum anak? Bagaimana anda menghukum anak? Dengan mencemuhnya atau memukulnya?
Sebelum saya jawab soalan ini, saya mengaku bahawa cabaran mendidik anak amat tinggi.
Saya sudah dikurniakan degan 3 orang anak lelaki. Memang tidak dinafikan kadang-kadang tercabar juga kesabaran diri.
Tetapi, bila teringat pesan guru saya bahawa anak itu bukan milik kita.
Dia adalah milik Allah SWT.
Dia rezeki dari Allah SWT.
Allah SWT hanya mengamanahkan kepada kita untuk menjaga, mendidik dan membesarkan mereka sehinggalah kembali masuk ke dalam syurga.
Habis tu, ibu bapa tidak boleh buat apa-apa kepada anak yang kadang-kadang melakukan kesalahan?
Bukan begitu.
Secara jelas, Islam memang melarang kita menghukum anak dengan kekerasan.
Namun, Islam telah menyediakan kaedah dalam memberi hukuman kepada anak.
Sebelum saya kongsikan kaedahnya, mari kita lihat Tindak Menghukum Anak yang dilarang dalam Islam
Jangan sesekali memukul wajah anak. Rasulullah SAW sendiri melarang memukul muka atau wajah sesiapa pun.
Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan marahnya.
Lebih-lebih lagi terhadap anak kita yang masih kecil dan belum mampu berfikir dengan sempurna.
Janganlah memarahi mereka melampau-lampau.
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”
Memang ibu bapa dibenarkan memukul anak sekiranya dia tidak solat selepas umur 10 tahun dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak. .
Namun begitu, Rasulullah SAW larang memukul dengan benda keran sehingga berbekas.
Oleh itu, gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan
Berdasarkan kajian psikologi, anak-anak yang dihukum dengan kekerasan boleh menyebabkan keseimbangan emosi anak terganggu.
Bahkan, tingkah laku anak juga bisa semakin 'liar'.
Walaupun ibu bapa hanya memukul anak sekali, anak cenderung mudah tertekan dan hilang keyakinan diri.
Tahukah anda?
Anak anda tidak akan menganggap anda menyayangi mereka selagi anda tidak memuji atau menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka.
Marahkan anak bukan jalan terbaik untuk anda ajar anak anda sesuatu.
Jangan terpengaruh dengan teknik mengajar anak dengan menggunakan kekerasan dan selalu marah.
Keadaan begitu berlaku mungkin kerana mereka kurang diberi pendedahan atau ilmu dalam mendidik anak-anak.
Sekarang sudah ada banyak saluran untuk belajar cara mendidik anak. AnakPintarCerdas.com
Percayalah ! Ibu bapa anda dahulu telah melakukan apa yang terbaik untuk anda.
Sekarang giliran anda pula untuk melakukan apa yang terbaik untuk anak anda.
Manusia memang akan lakukan kesilapan dan anda perlu bersedia dengan kesilapan yang bakal anak anda lakukan.
Cari penyelesaian, bukan melepaskan geram.
Puji anak anda jika mereka lakukan perbuatan yang terpuji.
Tunjukkan kasih sayang jika anak anda gagal melakukan sesuatu.
Anda perlu maafkan mereka kerana kesilapan akan membina peribadi anak anda untuk menjadi lebih baik.
Sekian, tips ringkas untuk kali ini. Anda boleh download AnakPintarCerdas.com untuk tambah ilmu pengetahuan mendidik anak dengan baik.

Wajibkah Menghukum Anak Dengan Kekerasan?

Wajibkah Menghukum Anak Dengan Kekerasan? |
Habis tu, ibu bapa tidak boleh buat apa-apa kepada anak yang kadang-kadang melakukan kesalahan?
Bukan begitu.
Secara jelas, Islam memang melarang kita menghukum anak dengan kekerasan.
Namun, Islam telah menyediakan kaedah dalam memberi hukuman kepada anak.
Sebelum saya kongsikan kaedahnya, mari kita lihat Tindak Menghukum Anak yang dilarang dalam Islam
Tindak Menghukum Anak yang dilarang dalam Islam
1.Memukul wajah
Jangan sesekali memukul wajah anak. Rasulullah SAW sendiri melarang memukul muka atau wajah sesiapa pun.
2.Menujukkan kemarahan yang melampau
Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan marahnya.
Lebih-lebih lagi terhadap anak kita yang masih kecil dan belum mampu berfikir dengan sempurna.
Janganlah memarahi mereka melampau-lampau.
3.Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerana kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekati dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah SAW dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami siksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."
4.Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”
5.Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Memang ibu bapa dibenarkan memukul anak sekiranya dia tidak solat selepas umur 10 tahun dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak. .
Namun begitu, Rasulullah SAW larang memukul dengan benda keran sehingga berbekas.
Oleh itu, gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan
Berdasarkan kajian psikologi, anak-anak yang dihukum dengan kekerasan boleh menyebabkan keseimbangan emosi anak terganggu.
Bahkan, tingkah laku anak juga bisa semakin 'liar'.
Walaupun ibu bapa hanya memukul anak sekali, anak cenderung mudah tertekan dan hilang keyakinan diri.
Perkara Sepatutnya Dilakukan Jika Anak Membuat Hal
- Diamkan atau berikan mereka waktu sendiri untuk memikirkan kesalahannya. setelah itu, baru ajak dia mengobrol menanyakan apa alasan anak berulah.
- Tidak benarkan anak melakukan aktiviti yang dia gemari untuk sementara waktu. Misalnya, tidak diizinkan bermain internet dan menonton televisyen selama seminggu.
- Bagi anak yang berusia di atas lima tahun, akan lebih baik jika diberi hukuman tugas rumah tambahan.
- Jenis hukuman selanjutnya dengan menggunakan jenis hukuman untuk mendisiplinkan anak dan fokus pada istiqomah. Contohnya, setiap kali selesai melakukan tugasan sekolah harus simpan kembali apa yang telah ia gunakan.
Sayangilah Anak Anda |
Tahukah anda?
Anak anda tidak akan menganggap anda menyayangi mereka selagi anda tidak memuji atau menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka.
Marahkan anak bukan jalan terbaik untuk anda ajar anak anda sesuatu.
Jangan terpengaruh dengan teknik mengajar anak dengan menggunakan kekerasan dan selalu marah.
Keadaan begitu berlaku mungkin kerana mereka kurang diberi pendedahan atau ilmu dalam mendidik anak-anak.
Sekarang sudah ada banyak saluran untuk belajar cara mendidik anak. AnakPintarCerdas.com
Percayalah ! Ibu bapa anda dahulu telah melakukan apa yang terbaik untuk anda.
Sekarang giliran anda pula untuk melakukan apa yang terbaik untuk anak anda.
Manusia memang akan lakukan kesilapan dan anda perlu bersedia dengan kesilapan yang bakal anak anda lakukan.
Cari penyelesaian, bukan melepaskan geram.
Puji anak anda jika mereka lakukan perbuatan yang terpuji.
Tunjukkan kasih sayang jika anak anda gagal melakukan sesuatu.
Anda perlu maafkan mereka kerana kesilapan akan membina peribadi anak anda untuk menjadi lebih baik.
Sekian, tips ringkas untuk kali ini. Anda boleh download AnakPintarCerdas.com untuk tambah ilmu pengetahuan mendidik anak dengan baik.
Tag :
Didik Anak
5 Komentar untuk "Wajibkah Menghukum Anak Dengan Kekerasan?"
mendidik cara islam itu sempurna :)
nice sharing
betul tu
betul tu
Elakkan guna kekerasan bila berdepan dengan anak.. takut rezeki kita ditarik pula