Hari Ini Sudah Berselawat

Kesalahan Penggunaan Perkataan LIMIT dan LIMITATION

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sekejapkan masa berlalu. Hari sudah 16 hari kita berpuasa.


Sekarang sudah hampir jam 5 petang.


Bagi yang bujang, bazar Ramadhan menjadi tempat singgahan menarik untuk mencari juadah berbuka puasa.

Berjimat-jimat ketika berbelanja. Pastikan LIMIT dan  LIMITATIONnya.


Baik, sebelum berbuka puasa apa kata kita tengok  Kesalahan Penggunaan Perkataan LIMIT dan LIMITATION.

Kesalahan Penggunaan Perkataan LIMIT dan LIMITATION


Maklumat ini hanya sesuai untuk anda yang sedang belajar Bahasa Inggeris. Kalau sudah pandai, baca post tentang rezeki melimpah ruah ini lagi bagus.



Kesalahan Penggunaan Perkataan LIMIT dan LIMITATION
Kesalahan Penggunaan Perkataan LIMIT dan LIMITATION
Hari ini kita belajar mengenai kesalahan penggunaan perkataan LIMIT dan LIMITATION. Nampak macam sama tapi tak serupa.

Dari segi terjemahan

LIMIT membawa maksud HAD manakala LIMITATION bermaksud HALANGAN.


Kita lihat contoh ayat yang betul dan contoh ayat yang salah.

  • Ayat bahasa Melayu:

- Tiada had dalam ilmu pengetahuan.

  • Ayat bahasa Inggeris:

- There is no limitation to knowledge. (SALAH)

- There is no limit to knowledge. (BETUL)


  • Ayat bahasa Melayu:

- Terdapat halangan kepada kejayaan projek ini.

  • Ayat bahasa Inggeris:

- There is a limit to the success of this project. (SALAH)

- There is a limitation to the success of this project. (BETUL)


Nampakkan perberzaannya?


Jadi selepas ini pastikan anda tidak terkeliru lagi dengan perkataan LIMIT dan LIMITATION.


Jangan lupa dapatkan Panduan Kuasa Bahasa Inggeris ini. InsyaAllah anda mudah memahaminya.


Semoga berjumpa lagi di siri yang seterusnya.
0 Komentar untuk "Kesalahan Penggunaan Perkataan LIMIT dan LIMITATION"

Back To Top