Hari Ini Sudah Berselawat

Terkini - Helikopter Terhempas Di Semenyih

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Suatu berita yang mengejutkan telah berlaku di negara kita di mana sebuah helikopter, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih  petang ini.


Terkini - Helikopter Terhempas Di Semenyih
Terhempas


Sumber berita ini dipetik dari bernama.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Ramai orang yang tidak cukup duit kerana GST, jadi buatlah Job Di Rumah


Bomba juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.

Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.

Ingin tambah pendapatan dikala terpaksa membayar GST dengan Job Di Rumah; Klik sahaja di sini --->>>Job Di Rumah.

Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Terkini - Helikopter Terhempas Di Semenyih"

Back To Top