Jom Kita Berselawat

Dr Jamaluddin Jarjis Terbunuh Dalam Kemalangan Helikopter Terhempas

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Berikutan kemalangan sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang ini dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan tiga mayat sudah dijumpai.

Laporan daripada Portal Suara TV memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, ahli perniagaan Datuk Robert Tan dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Dr Jamaluddin Jarjis Terbunuh Dalam Kemalangan Helikopter Terhempas
Serpihan helikopter yang terhempas.


Juruterbang helikopter Kapten Cliff Fournier, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan turut terbunuh

Dr Jamaluddin Jarjis Terbunuh Dalam Kemalangan Helikopter Terhempas


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Jamaludin terbunuh dalam nahas udara itu berdasarkan laporan Portal The Star Online.

Portal berita SuaraTV melaporkan helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB), dikatakan terbakar sebelum terhempas.

Mangsa juga dikatakan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.


  Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

Helikopter itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan.

Bernama melaporkan jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Bomba juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu sudah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari 3 lagi penumpang lain.

Jurucakap pasukan penyelamat JPAM berkata, kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pastimangsa nahas itu," katanya kepada Bernama. –

Dapatkan panduan kerja di rumah dengan hanya klik --->>Job Di Rumah

Tag : isu semasa
2 Komentar untuk "Dr Jamaluddin Jarjis Terbunuh Dalam Kemalangan Helikopter Terhempas"

Back To Top