Hari Ini Sudah Berselawat

3 Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera  


Ya, zaman sekarang memang susah kalau mahu cari orang yang tidak memakai telefon bimbit ataupun pun smartphone.


Pergilah mana-mana tempat pun, rata-ratanya menggunakan telefon bimbit. Tidak kira peringkat usia.

3 Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris
Nak belajar Bahasa Inggeris

Dan kebanyakkanya pengguna telefon bimbit itu menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengedalikan telefon bimbit mereka.


Kalau sebelum ini anda tidak faham sepatah perkataan dalam Bahasa Inggeris, tetapi sejak menggunakan telefon bimbitm, setiap hari dengan mudah sahaja kita menyebut perkataan 'handset, message, inbox, send' dan sebagainya.


Nampakkan!


Secara tidak sedar kita menggunakan bahasa Inggeris setiap hari dan vocabulary Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.


Ya, dengan menggunakan alatan berbahasa Inggeris dalam kehidupan juga merupakan salah satu kaedah untuk belajar Bahasa Inggeris dengan mudah.


Cara lain untuk belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah boleh baca di bawah ini.


Saya harap anda ikuti  3 Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris ini dengan baik kerana kefahaman yang mantap akan memudahkan anda belajar Bahasa Inggeris.

3 Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris


 

Jangan Bercakap Dalam Bahasa Inggeris


Kebanyakan siswa dan guru bahasa Inggeris memberikan pemahaman bahwa kunci penguasaan bahasa terletak pada menulis dan bercakap.


Ya, memang betul. Namun, untuk lebih cepat anda perlu mengasah kemampuan mendengar terlebih dahulu.


Oleh itu, anda mungkin boleh mendengar berita di dalam bahasa Inggeris, mendengar lagu bahasa Inggeris atau menonton drama dalam bahasa Inggeris.


Apabila sudah kerap mendengar perbualan, lagu dan penerangan dalam bahasa Inggeris, kemampuan bercakap juga dapat ditingkatkan.

Jangan Terbeban Dengan Grammar


Grammar adalah hal yang penting bagi anda sebagai pelajar. Ini kerana bahasa Inggeris bukan bahasa utama kita rakyat Malaysia.


Oleh itu, selok-belok grammar memang perlu dipelajari. Namun begitu, jangan sampai terbeban dengan grammar bahasa Inggeris yang sukar dipahami.


Anda perlu berani menggunakan bahasa Inggeris dalam perkacapan mahupun penulisan walaupun terdapat kesalahan grammar.


Kesilapan dalam grammar boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Jangan Duduk Diam


Sesuatu bahasa yang ingin kita kuasai terutamanya bahasa Inggeris adalah jangan duduk diam.


Sebaliknya, praktis membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris seperti Panduan Bahasa Inggeris Berkesan, banyakkan bercakap dalam bahasa Inggeris, dan ulang lagi.


Cuba anda bayangkan, berapa ramai orang asing yang tidak masuk kelas bahasa Melayu tetapi boleh cakap bahasa Melayu.


Ini kerana mereka menggunakan bahasa Melayu di dalam negara kita walaupun pada asalnya mereka sendiri tidak faham bahasa Melayu.


Inilah 3 langkah utama dalam cara cepat belajar bahasa Inggris. Selamat mencuba dan semoga Anda berjaya.


Di sini saya ingin mencadangkan kepada anda untuk pelajari Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan menerusi sebuah website yang cukup baik.


Anda klik sahaja Omni Translation atau Panduan Bahasa Inggeris Berkesan. Klik Sini.

4 Komentar untuk "3 Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris"

tidak dinafikan belajar bahasa Inggeris perlukan minat..bila dah minat semuanya akan menjdo OK

Back To Top