Hari Ini Sudah Berselawat

Video ISIS Malaysia Jadi Viral

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Entahlah apa yang akan terjadi dengan negara kita Malaysia.  Baru-baru ini, tersebar sebuah rakaman video amatur yang menampilkan empat pemuda berpakaian hitam lengkap bertopeng balaclava.

Di saat dunia pening kepala berdepan dengan isu ISIS di luar dari negara kita Malaysia,  isu ini merebak sampai ke negara kita.

Video ISIS Malaysia Jadi Viral


Bersama dengan mereka ada empat botol disumbat kain putih seolah-olah 'molotov cocktail' dan yang peliknya kenapa salah seorang daripadanya memegang sekeping gambar Nora Danish?

Video ini memang menjadi viral sehingga ke hari ini. Kalau anda ingin lihat sendiri video ini sila scrol ke bawah.

Video ISIS Malaysia Jadi Viral
Video ISIS Malaysia Jadi Viral


Video berdurasi satu minit bertajuk 'Amaran untuk meletupkan Mahkamah Malaysia' oleh pemilik akaun 'isis malaysia 69' di laman YouTube nyata mengundang pelbagai komen dan persoalan mengenai motif video tersebut dimuatnaik.

Kata-kata yang dilontarkan oleh jurucakap kumpulan pemuda itu bukan hanya mengandungi kritikan terhadap sistem perundangan negara, malah turut melontarkan kata-kata carut disertai simbol lucah di akhir video.

Antara kandungan ucapan tersebut adalah 'mereka' membantah sistem keadilan negara dan mengugut untuk meletupkan mercun di hadapan Mahkamah.


Download sekarang Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” kata pemuda itu.

Sehingga berita ini ditulis, tujuan video dimuatnaik tidak dapat pastikan sama ada ianya bahan jenaka atau sebaliknya.

Sementara itu, beberapa pelayar berkongsi video tersebut dengan akaun Twitter @KBAB51 milik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.


 

Macam-macam hal sekarang ini. Belum selesai satu isu, datang pula isu yang lain. Saya rasa, anak muda sekarang perlu kembali kepada ajar agama Islam.

Fitnah di akhir zaman semakin hebat. Kalau kita tersalah membuat keputusan, akibatnya adalah kesan buruk kepada diri dan masyarakat lain.

Jadi, marilah kita tambahkan ilmu agama Islam supaya tindakan yang di ambil tidak bercanggah dengan syariat.

Dan yang penting sekali tindakan kita diredhai Allah SWT.

Kalau sudah tidak ada kerja sangat lebih baik belajar bahasa Inggeris dengan mudah  Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia



Tag : isu semasa
4 Komentar untuk "Video ISIS Malaysia Jadi Viral"

ini semua kerja pemuda stress xder kerja, nak makan free tido free je la nie. akan dapat semua hajat bila semua masuk dalam lokap.

macam-macam kes sekarang.inilah akibatnya jika anak muda lebih suka bertindak tanpa mengkaji lebih mendalam.

ilmu amat penting dalam kehidupan kita. jadi anak muda perlu cari ilmu untuk membangunkan diri dan keluarga

Back To Top