Hari Ini Sudah Berselawat

Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 MRSM 2015

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Tahniah kepada calon-calon UPSR yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 MRSM 2015, upsr
Pendidikan MRSM

Bagi yang mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR 2014 dan bercita-cita mahu maneruskan pengajian ke MRSM tahun 2015, anda boleh mula melayari portal rasmi Permohonan MRSM atau Majlis Amanah Rakyat

Semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dialu-alukan untuk membuat permohonan.

Permohonan di buka pada 27 November 2014 
Tarikh tutup permohonan 5 Disember 2014

*Peringatan: 
  • Permohonan hanya boleh dibat secara dalam talian (online) dan akan dibuuka setelah keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi.
  • Permohonan online yang dijadual dibuka pada Rabu telah ditangguhkan dan akan dibuka kepada tarikh 27 November mulai jam 9:00 pagi – MARA
  • Pemohon boleh mendapatkan kata laluan mulai esok 27.11.2014 di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan
  • Sistem permohonan online akan diaktifkan pada tarikh dan masa dinyatakan
  • Keterangan lanjut sila layari Portal Rasmi MARA


Kepada yang ingin memohon, saya sertakan prosedur dan syarat pemilihan kemasukkan ke tingkatan 1 MRSM tahun 2015.

Prosedur UMUM Permohonan


Pemohon perlu mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi. 
JANGAN LUPA bawa salinan Mykid dan salinan keputusan UPSR 2014 yang disahkan benar semasa mendapatkan kata laluan

 Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar Di Semenanjung Malaysia

Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia
Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan 
Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 
Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada tarikh antara 15 hingga 19 Disember yang akan diadakan di semua MRSM di Semananjung Malaysia
PENTING! Muat turun (Download) Maklumat Lengkap Permohonan
Klik – Iklan Tawaran Bagi Calon Pelajar Di Semenanjung Malaysia

Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar Di Sabah Dan Sarawak

Murid dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia
Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah Dan Sarawak
i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah 
Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dapat skor 5A* lagi baik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014
PENTING! Muat turun (Download) Maklumat Lengkap Permohonan
Klik – Iklan Tawaran Bagi Calon Pelajar Di Sabah Dan Sarawak

Cara Dan Tarikh Permohonan Melalui Online



Setelah mendapat kata laluan yang dikehendaki, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian (link di bawah ini), untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online





Selamat Mencuba dan Berjaya.
Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 MRSM 2015"

Back To Top