Jom Kita Berselawat

Hajat Co-Pilot Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 Pulang Berhari Raya Tidak Kesampaian

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 yang musnah di Ukraine baru-baru ini mencampakkan kesedihan kepada rakyat Malaysia terutamanya keluarga mangsa.

Salah seorang anak kapal Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 adalah Co-Pilot atau pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, 29.

Hajatnya untuk pulang berhari raya tahun ini tidak kesampaian selepas maut dalam nahas udar di sempadan timur Ukraine tempoh hari.

Hajat Co-Pilot Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 Pulang Berhari Raya Tidak Kesampaian


Daud merenung gambar cucunya yang maut dalam nahas udara terbabit melalui telefon bimbit.
Daud sedang merenung gambar cucunya

Co-Pilot Ahmad Hakimi berkhidmat selama empat tahun bersama syarikat penerbangan terbabit, meninggalkan seorang balu dan anak lelaki tunggal berusia setahun.

Menurut Daud Abdul Kadir berusia 80 tahun, datuk kepada mangsa, cucu ketiga dari empat beradik itu merupakan seorang yang ceria serta saling mengambil berat soal keluarganya.


Mangsa dikatakan menelefon neneknya bertanya khabar mengenai keluarga di kampung (Kedai Melor, Kelantan) dan beria-ia mengatakan dia akan balik beraya di kampung tahun ini.

Almarhum juga sempat bertanyakan tentang keadaan rumah yang diubah suai hasil wang yang diberikannya.

Mereka semua begitu gembira mendengar perkhabaran itu, namun terkejut setelah mendapat berita mengenai nahas udara yang melibatkan cucu mereka.

Keluarga mangsa tidak menyangka bahawa meraka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini tanpa kehadiran Ahmad Hakimi.

Cerita penuh boleh rujuk di Sinar Harian

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Mari kita hadiahkan Al-fatihah.
Tag : isu semasa
2 Komentar untuk "Hajat Co-Pilot Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 Pulang Berhari Raya Tidak Kesampaian"

Back To Top