Jom Kita Berselawat

Cara Mudah Buat Penguin Guna Botol

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Kalau anda memiliki botol-botol pelastik yang sudah digunakan dan terkumpul sampai menyemakkan rumah lebih baik anda cuba jadikan ia sesuatu yang menarik dan cantik. Malahan, tidak mustahil ia boleh dijual dan mendapat pulangan wang.

Jom tengok bagaimana Cara Mudah Buat Penguin Guna Botol. Memang cantik, memang menarik dan menawan. Selamat mencuba.

Cara Mudah Buat Penguin Guna Botol




Arahannya:


  1. Gunakan 2 buah botol pelastik dan potong bahagian atasnya. Ambil bahagian bawah untuk kedua-dua botol tersebut
  2. Telangkupkan kedua-dua botol tersebut
  3. Lekatkan dengan menggunakan gam yang kuat (Biasanya guna gam elektrik)
  4. Sapu cat warna putih
  5. Lukis bentuk  muka penguin seperti dalam gambar
  6. Warnakan dengan cat hitam di sekeliling botol kecuali bahagian wajah penguin
  7. Pada bahagian atas boleh warnakan ikut citarasa sendiri
  8. Untuk mencantikkan boleh buat corak pada bahagian topi penguin
  9. Lukis mata dan mulut penguin
  10. Ikat leher penguin dengan sehelai kertas yang anda gemari
  11. Penguin sudah siap.


Selamat mencuba.



Tag : Kreatif
5 Komentar untuk "Cara Mudah Buat Penguin Guna Botol"

Buat penguin bagi hadiah dekat awek. mesti dieorang suke sebab comel. hehehe

comel ... klu rajin , blh saja .

betul2...buat hadiah untuk nenek pun boleh juga

betul tu..sis vee pun banyak hasil DIY juga kan?

Back To Top