Hari Ini Sudah Berselawat

Harga Setiap Detik Masa

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur, dapat juga saya menulis sesuatu di blog ini setelah bertungkus-lumus berkorban masa melakukan kerja tertangguh yang terpaksa disiapkan dalam minggu ini.

Inilah akibatnya suka bertangguh kerja dan buat sambil lewa. (Ini peringatan untuk diri sendiri sahaja, tiada kena - mengena dengan orang lain)

Jutaan terima kasih yang tidak terperi kepada pengunjung blog ini kerana tidak jemu-jemu bertandang ke sini.

Sebanyak-banyak maaf juga ingin saya mohonkan kepada rakan-rakan blogger kerana saya tidak dapat berkunjung ke blog anda.

Tunggu! In Shaa Allah saya datang. 

Harga Setiap Detik Masa


Selepas saya melakukan tugasan kerja yang tertangguh itu, ia cukup memberi kesedaran bahawa betapa bernilainya harga setiap detik masa.

Bila ada masa terluang saya biar ia terlepas melayang. Bila ada masa tersedia saya biar sahaja ia pergi begitu sahaja. Allahu Akbar Sungguh ruginya...

Patutlah ada pepatah Melayu mengatakan masa itu emas. Orang Arab pula mengatakan masa itu ibarat mata pedang. 

Terpulanglah kepada kita menterjemahankan kedua-dua pepatah ini tetapi bagi saya ia memberi gambaran kepada kita bahawa harga masa yang Allah kurniakan kepada terlalu tinggi nilainya.

Masa


Emas membawa maksud terlalu mahal harganya . Jika kita tidak  menggunakannya dengan baik maka rugilah kita. 


Pedang pula bermaksud ancaman masa untuk kita. Jika kita tidak mendahului masa maka ia akan memenggal leher kita.

Ini adalah misalan yang diibaratkan oleh manusia. Tetapi kalau kita lihat dalam Al-Quran, Allah SWT siap bersumpah dengan masa lagi bahawa 

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr:1-3)

Masya Allah, ruginya saya. Masa yang berlalu tidak mahu mempedulikan kita. Ia terus bergerak dan bergerak ke hadapan. 

Walaubagaimana cara sekalipun kita mencari masa yang telah pergi ia tidak akan datang kembali lagi. Itulah sunnatullah.

Kita mungkin terfikir bahawa setiap detik masa yang berjalan bermakna umur semakin bertambah banyak. Padahal, hakikat yang sebenar umur kita semakin singkat.

Kenapa saya berkata sedemikian? Logiknya begini, bukankah ajal maut telah ditetapkan Allah cuma kita yang tidak tahu bila akan tibanya. Bila sesaat sahaja masa berlalu masa ajal kita semakin sampai.

Waalahu'alam. Semoga memberi kesedaran kepada saya sendiri bahawa detik masa yang berbaki untuk kita adalah anugerah yang tinggi nilainya.

Jika hendak melakukan sebarang kerja, lakukan sahaja sebaik-baiknya. Usah bertangguh dan melakukan perkara sia-sia...


Tag : Motivasi, Santai
20 Komentar untuk "Harga Setiap Detik Masa"

masa yg berlalu takkan dapat kita ambil balik

ni'mat yg selalu manusia lupa, waktu lapang dan ni'mat sihat..
kna hargai waktu yg ada, selagi masih tersisa..

lepas ni jangan tangguhkan kerja lagi... :)

salam...salam kejayaan. ada masa lawat saya. Tq.

peringatan untuk diri aiza juga.. masukkan dalam salah 1 dari azam tahun baru hijrah untuk menepati masa..

sesungguhnya masa itu terus berlalu, mari kita sama2 manfaatkan masa yg sedang kita lalui dengan baik.. :)

salam kejayaan kembali...saya sudah masukkan Tuan dalam bloglist saya. in shaa Allah saya datang lawat blog Tuan

nilai masa yang terlalu mahal, rugi kalau kita tidak manfaatkan

betul...jangan buang masa,nanti masa buang kita...

amat2 setuju...susah hidup bila jadi buangan

hargai masa bro,
hidup kena happy walaupun sukar

Back To Top