Hari Ini Sudah Berselawat

Rahsia Meninggal Dunia Ketika Sujud

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Semalam, saya telah kongsikan kisah seorang bilal yang meninggal dunia ketika sujud. Hari ini pula, saya ingin ceritakan rahsia kehidupan bilal yang meninggal dunia ketika sujud.

Rahsia ini diceritakan sendiri oleh balu Almarhum kepada beberapa orang Muslimah yang menziarahi wanita tersebut. Beliau lebih mesra dengan panggilan Kak Mar.

Rahsia Meninggal Dunia Ketika Sujud, bilal, surau, rahsia,
Rahsia Meninggal Dunia Ketika Sujud

Rahsia Meninggal Dunia Ketika Sujud

Menurut Kak Mar, Allahyarham merupakan seorang yang cukup berpegang dengan kata-kata ustaz dalam ceramah-cermah dan kuliah-kuliah yang diikutinya.

Beliau tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di surau. Walaupun hujan, beliau tetap ke surau dengan menaiki moto dan berpayung.

Membaca al-Quran merupakan amalan yang sentiasa dilakukan setiap hari. Amalan bersolat jemaah, mengaji dan membersihkan surau sentiasa dilakukan di Surau Taman Desa Surada itu.

Beliau bukan setakat mengambil tugas sebagai Bilal, malahan tugas siak di surau juga beliau tidak berat tangan untuk memikulnya.

Seringkali beliau berpesan kepada anak-anaknya supaya jangan tinggalkan solat dan mengerjakannya di awal waktu. Kalau berkesempatan berjemaahlah di surau. 

Ilmu yang diperolehi ketika mengikuti kuliah-kuliah sedaya mampu akan beliau sampaikan kepada anak-anaknya.

Allahyarham juga berpesan kepada anak-anaknya supaya rajin membaca al-Quran kerana katanya al-Quran ini lah yang akan menemani dan membantu kita kelak.

Beliau juga menasihati supaya jangan sibukkan harta dunia kerana hanya tiga benda sahaja yang kita bawa bila mati.
Ayah tidak ada harta hendak infak, ini lah sahaja... ke surau berjemaah, membaca al-Quran, bertugas membersih dan menjaga surau...(amal soleh...dan In Sha Allah anak-anak beliau yang soleh).
Beliau kurang melayan kehendak dunia. Tidak suka berjalan jauh-jauh kerana kata Allahyarham nanti solat jemaah beliau (di surau) macamana pula?

Itulah antara amalah beliau yang istiqamah kerana Allah. Beliau tidak bekerja lagi walaupun bersara awal kerana hendak menghabiskan sisa hidup dengan beramal soleh.

Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah atau Madinah yang meninggal dalam keadaan sujud... kata beliau, orang biasa macam kita tidak boleh dapat ke macam itu? Mungkin ini doa beliau, maka Allah SWT makbulkan doa tersebut. Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata-kata Allahyarham.

Menurut Kak Mar lagi, hujan renyai-renyai ketika jenazah di bawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diuruskan dan ditanggalkan pakaian untuk urusan memandikan. Kelihatan seperti tidur.

Semua rahsia yang dibongkarkan oleh Kak Mar kepada kita ini merupakan rezeki yang cukup tinggi nilainya untuk kita contohi.

Semoga kita yang hidup ini boleh mengambil iktibar setelah dikhabarkan berita ini kepada kita. Perjalanan hidup kita kian singkat bukannya panjang. Bila-bila masa akan kembali mengadapNya.

Marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah untuk beliau. Al-Fatihah...

Kredit untuk Biaqpila


2 Komentar untuk "Rahsia Meninggal Dunia Ketika Sujud"

Al-Fatihah. antara insan terpilih oleh yang Maha Esa.

Amin..mudah-mudahan, kita juga menjadi insan terpilih

Back To Top