Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...
Sejak kecil lagi saya sering kali mendengar dan terbaca slogan "membaca jambatan ilmu".
Pesta buku antarabangsa |
Setelah agak berumur baru saya faham betapa pentingnya amalan membaca ini dan slogan ini bertujuan untuk menggalakkan kita semua membaca.
Sememangnya, aktiviti membaca ini merupakan amalan berguna yang tidak boleh kita tinggalkan. Jika kita tinggalkan amalan ini, maka kita boleh ketinggalan.
Tambahan pula, pada zaman yang serba canggih dengan teknologi maklumat, tidak boleh tidak kita mesti membaca pada setiap hari.
Oleh itu, kalau kita ada kelapangan marilah kita meramaikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.
Pada tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan dilangsungkan pada 26 April -5 Mei 2013 di PWTC Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma.
Teruskan membaca.
Tag :
isu semasa
0 Komentar untuk "Pesta Buku Antarabangsa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Tahun 2013 (26 April - 5 Mei 2013) "