Jom Kita Berselawat

Senarai Kata-Kata Hikmah Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera...

Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus



Sekiranya kita merenung sejarah Islam, terdapat berjuta-juta kata-kata hikmah yang boleh ditinggalkan oleh ulama terdahulu. 

Malahan, terdapat banyak kitab-kitab dan buku-buku yang menghimpun pelbagai jenis kata-kata hikmah sebagai pesanan untuk kita.

Semua ini bertujuan untuk memberi nasihat dan panduan kepada kita semua.

Pada masa ini, di tanah air kita nama Ustaz Azhar Idrus semakin terknal dalam arena dakwahnya.

Cara penyampaian beliau di dalam kuliah atau ceramah begitu menarik minat para penonton. 

Malahan kepetahannya dan susunan kata-kata hikmah Ustaz Azhar Idrus membuatkan pendengarnya tidak jemu mengamatinya.

Di sini saya juga ingin kongsikan bebarapa Senarai Kata-Kata Hikmah Ustaz Azhar Idrus.


Senarai Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus



  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.Klik Image
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.Klik Image
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. Klik Image
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. Klik Image
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya. Klik Image
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya. Klik Image
  • Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
  • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
  • RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)
  • HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  • Lelaki soleh digalkkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh
  • Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
  • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
  • Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
  • Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  • Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.
  • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  • Dop Payah nikoh ni, bende yang mudoh.
Mudah-mudahan Senarai Kata-Kata Hikmah Ustaz Azhar Idrus ini memberi kesan yang mendalam dalam hati kita.

2 Komentar untuk "Senarai Kata-Kata Hikmah Ustaz Azhar Idrus"

Back To Top