Pengenalan Diri
Nama saya Faizal Bin Mohamad Twon Tawi. Berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan. Dahulunya merupakan seorang pelajar yang pernah mengkuti pembelajaran secara formal di sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan Malaysia. Selepas itu mengikuti pelajaran di IPTA Malaysia. IPTA yang pernah saya daftar dan belajar adalah UiTM dan UTHM.
Terkini, saya sedang mengajar di Politeknik selepas tamat pengajian di UTHM. Politeknik yang pernah saya ambil pengalaman mengajar adalah Politeknik Kota Kuala Terengganu, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Seberang Perai (sekarang).
Biarpun jawatan yang saya sandang sekarang ini adalah sebagai seorang pengajar, namun proses belajar tetap berjalan sampai akhir hayat.
Hobi
Semasa di peringkat sekolah rendah dahulu, cikgu sering bertanya tentang hobi saya. Saya jawab ringkas 'membaca buku' seperti yang di ajarkan oleh emak saya. Walaupun hakikatnya, jenuh emak menyuruh saya supaya membaca buku.
Boleh jadi, berkat doa dan tunjuk ajar emak abah yang tidak kunjung padam membuatkan perangai saya berubah daripada kurang membaca jadi minat membaca.
Minat
Setelah membaca beberapa buah buku, blog, majalah dan sebagainya, minat saya untuk menulis pula muncul. Lantaran itu, saya hasilkan sebuah blog ' Nota Mengajar Belajar ' .
Pening kepala saya memikirkan nama blog ini. Akhirnya saya gunakan perkataan Mengajar kerana saya seorang pengajar. Manakala perkataan Belajar kerana saya perlu sentiasa belajar. Saya tersentuh dengan kata-kata Hassan Al Basri mengenai hal mengajar ini.
Pening kepala saya memikirkan nama blog ini. Akhirnya saya gunakan perkataan Mengajar kerana saya seorang pengajar. Manakala perkataan Belajar kerana saya perlu sentiasa belajar. Saya tersentuh dengan kata-kata Hassan Al Basri mengenai hal mengajar ini.
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." -Hassan Al Basri-
Harapan
Harapan saya agar jutaan rakan blogger di luar sana dapat membantu saya dengan memberi komen membina.
Sekian dahulu, terima kasih. Jumpa lagi.
Tag :
Profile
0 Komentar untuk "Pengenalan Diri"