Hari Ini Sudah Berselawat

Tips Pemakanan Ibu Mengandung

Assalamualaikum

Melihat kepada ibu-ibu yang sedang mengandung, saya begitu simpati mengenangkan kesusahan yang mereka alami sepanjang mereka bekeadaan begitu.



Barangkali, ramai juga rakan blogger yang sedang mengandungkan anak. Sama ada anak pertama, kedua atau ketiga.

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

Tips Pemakanan Ibu Mengandung


Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas.

Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung?

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu?

Walaupun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 - 3 kg

Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg

Penambahan darah : 1.5 – 2 kg

Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg

Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg

Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg

Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg

Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung.

Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.


0 Komentar untuk "Tips Pemakanan Ibu Mengandung"

Back To Top