NASIHAT UNTUK IBU YANG MENGANDUNG

Assalamuaikum WBT dan salam sejahtera

Anak yang berada dalam kandungan ibu perlu dijaga dengan rapi dari segi kesihatannya.


Namun begitu, bukan kesihatan anak sahaja yang perlu difikirkan, tetapi juga kesihatan ibu yang mengandung juga perlu dijaga dengan baik. 

Selain berdoa, ibu yang mengandung di nasihatkan agar selalu memakan makanan bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang melahirkan - senaman bersesuaian). Contohnya berjalan kaki adalah senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil tua (wanita berusia).

NASIHAT UNTUK IBU YANG MENGANDUNG


Berikut di senaraikan beberapa nasihat untuk ibu yang menandung:


  • Telentang, kemudian, satu-persatu kaki diangkat ke atas. Ini untuk memudahkan kelahiran kelak.


  • Rehat mesti mencukupi dan jangan biarkan diri terlalu letih.


  • Bila mandi, gunakan air suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Jangan mandi berendam terutama pada usia kehamilan 8 bulan ke atas.


  • Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.


  • Jaga PAYUDARA dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen bersesuaian pada puting susu. Ini dapat mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu terutama jika anda ingin menyusui anak anda kelak.
Di samping itu, teruskan melakukan amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Mudah-mudahan Allah SWT memberi ketenangan kepada si ibu dan juga anak dalam kendungan.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Total Pageviews

Buku Saya

Buku Saya
Sebuah Buku Kecil Untuk Mengenali Erti Syukur. Berminat? SMS 012-4603666

Followers

Google+ Followers

Komen Terbanyak Bulan Ini

Vote For Us!

Blogged.my Free Automatic Link Page Ranking Tool Referer List