Jom Kita Berselawat

Amalan Simple Pemakanan Sihat

Assalamualaikum

Kesihatan merupakan rezeki  yang tidak ternilai harganya. Ramai yang tercari-cari tip-tip untuk menguruskan badan.

kesihatan


Yang pastinya, hargailah badan dan kesihatan kita. Jangan terlalu ingin menurunkan berat badan tanpa memikirkan tentang kesihatan dan lain lain faktor.

Jika terlalu stress dan setiap hari hanya memikirkan bagaimana untuk menguruskan badan dan sering menimbang berat badan, maka berat badan juga akan lambat turun.

Jadi amalkan pemakanan yang sihat.

Dibawah ni cuba di perturunkan beberapa langkah yang agak senang dan memang sehat .

Amalan Simple Pemakanan Sihat


  1. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  2. Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.
  3. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  4. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  5. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  6. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan
  7. Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.
  8. Cubalah berpuasa sekali seminggu untuk merehatkan badan,perut dan minda.
Semoga Amalan Simple Pemakanan Sihat dapat memberi manfaat untuk kita semua. Sekali lagi di ulang, kesihatan merupakan rezeki  yang tidak ternilai harganya.
0 Komentar untuk "Amalan Simple Pemakanan Sihat"

Back To Top