Komputer dan Pendidikan

Assalamualaikum WBT

Sekarang ini, setiap pekerjaan yang melibatkan pendidikan banyak melibatkan komputer. Komputer merupakan salah satu alat pemudah cara yang boleh menjadikan kerja kita lebih berkesan.

Sejujurnya terdapat hubungan yang akrab di antara komputer dan pendidikan. Pengetahuan berkenaan dengan hal ini dirasakan penting untuk pendidik dan sesiapa sahaja. Mari kita hayati artikel ini.


Komputer dan Pendidikan

Pengenalan


Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. 

Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). 

Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).

Pengajaran Berbantukan Komputer


Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini ( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989 ). 

Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );

1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
  • - memproses data penyelidikan
  • - memproses perkataan

3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
  • - pengaturan murid
  • - pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).


Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). 

Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Total Pageviews

Buku Saya

Buku Saya
Sebuah Buku Kecil Untuk Mengenali Erti Syukur. Berminat? SMS 012-4603666

Followers

Google+ Followers

Komen Terbanyak Bulan Ini

Vote For Us!

Blogged.my Free Automatic Link Page Ranking Tool Referer List