KERJAYA DALAM BIDANG INSURANS

KERJAYA DALAM BIDANG INSURANS



Tajuk : Kerjaya Dalam Bidang Insurans
Penulis : Nor Azila Zainal Abidin

Penerbit : PTS Publications

Pengulas : AINE NADDIA BT SAMIN
Imej buku Kerjaya Dalam Bidang Insurans
SEJARAH Insurans di Malaysia bermula seawal abad ke 18. Dengan jatuh bangunnya industri insurans yang mana merupakan sebahagian daripada sistem kewangan Negara, pada tahun 1988 kerajaan telah membuat pindahan tanggungjawab memantau dan menyelia keseluruhan industri ini kepada Bank Negara Malaysia. Ini adalah kerana Bank Negara Malaysia bertanggungjawab dalam menyelia sistem kewangan Negara yang mana objektif utamanya adalah untuk menjaga dan mengekalkan kestabilan ekonomi dan industri kewangan.

Di Malaysia terdapat 2 jenis konsep insurans yang dijalankan berlandaskan Akta Insurans 1996 dan Akta Takaful 1984.

Insurans secara menyeluruhnya adalah merupakan sesuatu industri yang besar dan kompleks. Organisasi perniagaan insurans boleh dibahagikan kepada dua fungsi utama iaitu:-
  • Bahagian pertama – bertanggungjawab menjana pendapatan ataupun business. Mereka dipanggil producer iaitu pengeluar dan terdiri dairpada agen insurans, wakil takaful dan broker insurans.
  • Bahagian kedua – adalah fungsi pengurusan, pentadbiran dan operasi yang bertanggungjawab memastikan semua proses dan transaksi perniagaan iaitu berjalan dengan lancar.
Peluang-peluang pekerjaan boleh diperolehi dalam bidang insurans ini seperti bahagian pengurusan, pentadbiran dan operasi.

Konsep dan definisi insurans dan takaful sebenarnya wujud dalam kita bersiap sedia menghadapi sebarang risiko. Tiada siapa dapat meneka dengan pasti dan tepat ‘bilakan’ dan di manakah’ kecelakaan bakal berlaku. Berdasarkan ini konsep struktur insurans moden dilahirkan. Makna insurans secara amnya adalah jaminan. Kontrak insurans ialah suatu perjanjian dan jaminan di antara pembeli polisi iaitu insured dan syarikat insurans iaitu insurer bagi melindungi risiko kerugian kewangan ke atas nyawa ataupun harta benda insured.

Buku Kerjaya Dalam Bidang Insurans, siri Pendidikan kerjaya mengandungi 4 bahagian utama di mana setiap bahagian tersebut terdapat beberapa bab-bab kecil. Bahagian-bahagian tersebut adalah:-
  • Bahagian 1 – Sejarah dan pengenalan .
  • Bahagian 2 _ Kelayakan dan institusi berkaitan
  • Bahagian 3 – Peluang kerjaya
  • Bahagian 4 – Maklumat tambahan
Dalam polisi insurans konvensional  perkara-perkara yang boleh diinsuranskan adalah seperti faktor kerugian harta, kerugian diri dan  kerugian liabiliti. Manakala sektor insurans Islam yang berperinsip takaful mempunyai elemen-elemen seperti unsur Gharar, unsur Maisir dan unsur  hal Riba. Dalam insurans Islam ianya mempunyai prinsip seperti saling bantu membantu, sedekah yang ikhlas. Ianya dilaksanakan dengan cara operasi Mudharabah dan Wakalah.

Insurans Konvensional secara amnya mempunyai 2 kategori utama iaitu insurans hayat yakni Insurans Sementara (Term Insurance), Insurans Seumur Hidup (Whole Life Insurance), Insurans Pelaburan (Investment-linked Insurance) dan Insurans Endowment manakala insurans am adalah Insurans Motor, Insurans Harta Benda dan Insurans Liabiliti.

Skop perkhidmatan agen secara umumnya adalah menetapkan matlamat sebagai seorang agen selain daripada menetapkan sasaran jualan dan pendapatan tahunan, melakar strategi dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencapai sesuatu sasaran jualan, keluar bertemu pelanggan, memahami konsep insurans yang hendak ditawarkan, menyampaikan maklumat yang tepat mengenai produk insurans, menyampaikan segala premium yang dibayar kepada pelanggan, memastikan pelanggan berpuas hati dengan servis yang ditawarkan, melayani segala pertanyaan dan mematuhi kod etika dan syarat-syarat dalam perjanjian agensi dengan syarikat insurans.

Seorang agen hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti memahami dan mengenali produk yang hendak dijual, kemahiran interpersonal dan komunikasi, motivasi tinggi dan berhati cekal dan mengenali peluang dan cabaran.

Buku ini juga memberi beberapa faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan seseorang agen insurans seperti gagal berkomuniksi dengan baik, mudah putus asa dan tidak bersungguh-sungguh melayani pelanggan, tidak mengikuti perkembangan semasa,gagal manfaatkan kegunaan internet, gagal membangunkan rangkaian pelanggan dan cepat berpuas hati dengan pencapaian.

Kegagalan mendapat kontrak insurans pula secara keseluruhannya adalah disebabkan oleh suka menangguhkan  kerja, tidak melayan kehendak pelanggan dengan cekap, terlalu mendesak apabila membuat jualan produk dan tidak memahami produk apabila memberi pengenalan kepada pelanggan.

Buku ini amat berguna sebagai panduan bagi mereka yang ingin mengenali dunia insurans secara lebih mendalam.

Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.myatau hubungi 088-256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Oleh kerana buku-buku mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

1 comments:

  1. Hai...
    singgah tgk entry n klik2... sama2 jana tabung...
    jom klik2...
    Moga berjaya dgn nffng...
    Salam perkenalan.

    ReplyDelete

Recent Posts

Total Pageviews

Buku Saya

Buku Saya
Sebuah Buku Kecil Untuk Mengenali Erti Syukur. Berminat? SMS 012-4603666

Followers

Google+ Followers

Komen Terbanyak Bulan Ini

Vote For Us!

Blogged.my Free Automatic Link Page Ranking Tool Referer List