Assalamualaikum WBT
Saya bukanlah seorang motivator yang boleh mengubah manusia. Tetapi saya suka berkongsi perkara yang boleh menggalakkan kita berubah menjadi orang yang baik.
Sikap Dapat Mengubah Hidup Kita |
Menurut pakar-pakar motivasi, jika kita hendak berubah kita perlu ubah sikap kita. Ini kerana Sikap Dapat Mengubah Hidup Kita.
Sikap Dapat Mengubah Hidup Kita
Sikap merupakan faktor utama dalam mengubah hidup kita. Untuk ubah sikap, apa kata kita kenali serba sedikit tentang perkara yang berkaitan sikap.
Sikap ialah kehendak dalaman yang boleh digambarkan melalui amalan berdasarkan tindakan yang kita lakukan.
Kehendak pula adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti persekitaran, ilmu dan kemahiran serta aras motivasi diri dalam melaksanakan tugasan.
Manakala tindakan merupakan perkara yang bersifat sementara. Ia mungkin berlaku oleh kerana ada tekanan dari luar seperti arahan atau undang-undang.
Amalan pula ialah tindakan yang biasa dilakukan. Ia dibentuk tanpa bergantung pada tekanan yang berlaku secara berterusan.
Pembentukan sikap biasanya mengambil masa yang lama untuk menjadi amalan bagi seseorang itu.
Sikap seorang guru atau pengajar yang mendidik anak muridnya perlulah memiliki sikap yang gigih dalam menjalankan tugas, perihatin terhadap perkembangan pelajar, berkeyakinan melakukan inovasi, berfikiran terbuka dalam menangani sesuatu isu dan sentiasa berusaha memajukan diri.
Seperti yang dinyatakan di atas, pembentukan sikap perlu dilatih supaya ia menjadi amalan yang sebati dengan seseorang terutamanya guru.
In Sha Allah, dengan latihan yang berpanjangan dan bersungguh-sungguh, lama kelamaan ia akan sebati dengan jiwa pengajar.
Jangan berhenti berusaha dan berdoa.
Tag :
Motivasi
0 Komentar untuk "Sikap Dapat Mengubah Hidup Kita"