Hari Ini Sudah Berselawat

Kenapa Pelajar Degil?

Assalamualaikum WBT


Ada juga ibu bapa dan guru-guru yang mengadu perihal anak-anak dan pelajar-pelajar mereka yang degil.
anak anak sekolah


Kenapa Pelajar Degil?


PERSOALAN ini selalu sahaja ditimbulkan apabila berlakunya sesuatu insiden yang melibatkan murid sekolah akibat daripada perbuatan salah laku mereka.

Walaupun jumlahnya kecil tetapi ia membimbangkan kerana murid-murid ini bukan sahaja melakukan kesalahan ini di persekitaran sekolah tetapi di persekitaran awam. 

Laporan akhbar menunjukkan remaja belasan tahun ini banyak melakukan kesalahan jenayah yang kesannya melibatkan orang awam.

Perbuatan seperti merempit, vandalisme, ponteng sekolah serta penglibatan dalam budaya gangsterisme merupakan sebahagian salah laku yang boleh membawa padah yang buruk sehinggalah menyebabkan kematian.

Setiap perhimpunan sekolah atau pengajaran di bilik darjah, guru tidak jemu-jemu mengingatkan murid-murid tentang pentingnya aspek disiplin pada diri mereka. Malah guru-guru kaunseling sedia memberi khidmat nasihat dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka.

Sayang sama sekali kadangkala nasihat dan tunjuk ajar ini tidak diendahkan oleh murid-murid tetapi hanya mampu masuk ke telinga kanan dan akhirnya keluar ke telinga kiri sahaja.

Kenapa murid-murid begitu degil sehinggakan sanggup melakukan pelanggaran disiplin yang akhirnya merugikan diri mereka sendiri?

Kedegilan ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti tidak berminat mengikuti pelajaran, pelajaran tidak menarik, kurang perhatian, kawalan, dan pemantauan daripada pihak ibu bapa, inginkan kebebasan dan pengiktirafan serta pengaruh rakan sebaya.

Faktor di atas boleh dibendung dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk guru, ibu bapa dan orang awam. 

Pengajaran yang menarik, memotivasikan serta melibatkan penyertaan semua murid dalam sesuatu aktiviti mampu menarik minat m

Manakala ibu bapa harus memantau anak-anak mereka terutamanya pada waktu malam di mana murid-murid ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. 

Ibu bapa seharusnya mengetahui di mana anak mereka berada, kenapa berada di situ, dengan siapa ia berkawan dan apakah akiviti yang ada di situ. 

Alasan ada kelas tambahan, tuisyen, aktiviti kokurikulum, berbincang di rumah kawan dan keluar dengan kawan adalah di antara alasan yang kerapkali diberi apabila anak-anak ini ingin keluar dari rumah. 

Oleh itu ibu bapa haruslah berhati-hati agar mereka tidak tertipu dengan alasan tersebut tanpa usul periksan.



Sebagai seorang murid sekolah, murid-murid haruslah sedar tanggungjawab masing-masing agar apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang. 

Sebagai seorang murid pada usia yang masih muda ini, tumpuan haruslah diberikan pada pembelajaran yang mampu memberi panduan dan jaminan di masa hadapan tanpa memikir dan melakukan perbuatan yang sia-sia itu.

Oleh: Dr Ismail Zain
0 Komentar untuk "Kenapa Pelajar Degil?"

Back To Top