Hari Ini Sudah Berselawat

Jangan Kedekut Kalau Hendak Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salah satu sifat buruk yang sangat merugikan diri kita ialah kedekut. Kedekut merupakan sikap yang tidak suka membantu orang lain daripada kita terhadap perkara-perkara yang kita mampu lakukan seperti membantu dari segi kewangan, tenaga, masa, ilmu dan sebagainya.

Ingatlah, apa yang kita ada adalah pinjaman daripada Allah SWT. Kalau Allah SWT tidak berikan kepada kita, memang kita tidak boleh buat apa.

Jangan Kedekut Kalau Hendak Berjaya

ALLAH
ALLAH (Photo credit: Acizane)

Pelajar khususnya, jangan amalkan sikap kedekut dalam membantu rakan-rakan dari segi menuntut ilmu kerana perkara ini akan mendatangkan kesan buruk kepada kita.

Berilah tunjuk ajar perkara-perkara yang kita ketahui seperti membuat tugasan, soalan latihan dan sebagainya kerana banyak faedah yang kita perolehi dengan membantu ornag lain.

Membantu orang lain mesti kena pada tempatnya barulah adil. Jangan membantu dalam perkara yang tidak baik seperti memberi tiru, tolong buat tugasan orang lain dan sebagainya.

Ini akan mendatang kesan yang buruk kepada diri orang yang membantu dan dibantu.

Allah SWT akan membantu kita kalau membantu orang lain dan Allah SWT boleh kedekut dengan kita kalau kita kedekut dengan orang lain.
Enhanced by Zemanta
Tag : Motivasi
2 Komentar untuk "Jangan Kedekut Kalau Hendak Berjaya"

wassalam . aku suka dengan entry ini .
ada betulnya sebab bila kita membantu orang lain dengan ikhlas

1. kita dapat belajar lebih dari apa yang kita ngajar

2. kita dapat test diri kita samada kita betul2 faham atau tidak

3. kita dapat mengenali orang itu dengan lebih dekat kerana kita mengajar .

4 . bila kita susah dorang akan tolong kita pula ;)


banyak lagi kebaikannya

yang menulis Melz :)

Back To Top