Banyak Memberi Membersih Hati

Google+ Followers

Definisi Pengurusan Masa Berkesan


Pengurusan masa yang berkesan ialah penggunaan masa sepenuhnya tanpa pembaziran dan masa digunakan sepenuhnya dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan mendekatkan dengan pelajar dengan matlamat yang hendak dikecapi. Pelajar bijak membahagi masa dengan cekap dan mencukupi untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti belajar, menyiapkan tugasan, mengulang kaji, berehat, tidur, bermain, beribadah dan lain-lain lagi.


Rancang dan lakukan aktiviti-aktiviti harian mengikut masa yang telah ditetapkan dan gunakan masa tersebut sepenuhnya tanpa diganggu oleh aktiviti lain yang tidak sepatutnya dilakukan pada masa tersebut. Contohnya, seorang pelajar memperuntukkan masa 4 jam untuk mengulang kaji pelajaran dalam sehari, gunalah masa tersebut sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran sahaja. Jangan dilakukan aktiviti lain seperti membaca majalah atau komik pada ketika itu.


Teruskan berdoa dan beramal...
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Definisi Pengurusan Masa Berkesan"

Back To Top