Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah, syukur sebab diberi kesempatan kepada saya untuk mengemaskini blog pada hari ini.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang suatu perisian atau aplikasi yang saya rasakan bagus untuk cikgu atau pensyarah gunakan dalam proses pembelajaran.
Tambahan pula, zaman ini kecelikan IT amat menggalakkan para pendidik menggunakan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka.
Aplikasi yang saya maksudkan adalah Quizizz.
Beberapa minggu lepas saya belajar dan explore aplikasi ini dan baru semalam saya cuba menggunakan aplikasi ini dalam salah satu sesi pembelajaran di dalam makmal komputer.
Hasilnya saya amat berpuas hati. Memang rezeki saya.
Mana tidaknya, kalau sebelum ini saya terpaksa menyusun kedudukan pelajar-pelajar semasa sesi kuiz adalah dengan menjarakkan lokasi setiap pelajar kerana bimbang mereka boleh meniru.
Namun, dengan menggunakan aplikasi Quizizz ini saya menggalakkan pelajar duduk dekat-dekat semasa menjalankan sesi kuiz.
Pelajar-pelajar mungkin terkejut sebab saya cakap seperti di atas. Bila mereka lihat rakan sebelah terus berubah wajah.
Kenapa saya menggalakkan pelajar-pelajar duduk dekat dan meniru antara satu sama lain?
Kepada anda yang belum pernah menggunakan aplikasi ini pasti keliru dengan kenyataan saya.
Baiklah, untuk makluman anda aplikasi ini akan berjalan mengikut masa secara langsung atau live.
Maksudnya, pensyarah yang menentukan berapa masa bagi sesuatu soalan hendak dijawab dan berapa lama masa yang perlu diambil untuk menyelesaikan seluruh soalan yang dihasilkan. Ini semua dilakukan sebelum sesuatu kuiz berjalan.
Yang menariknya, apabila kuiz bermula setiap pelajar akan mendapat soalan yang berbeza susunannya dan dia terpaksa fokus dengan soalannya sendiri tanpa menghiraukan soalan rakan sebelah kerana penunjuk masa sedang berjalan.
Andainya seorang pelajar itu sibuk dengan soalan rakan sebelah atau cuba meniru rakan sebelah, dia hanya membuang masa.
Selepas habis pelajar-pelajar menjawab soalan dalam aplikasi itu, keputusan quiz boleh diketahui oleh setiap orang yang terlibat.
Usai pelajar menjawab soalan kuiz, pensyarah boleh buat analisis dan muat turun keputusan pelajar.
Setelah mengajar di politeknik hampir 10 tahun, antara masalah yang sering dihadapi oleh pensyarah adalah kes peniruan semasa menjalan kuiz atau ujian.
Oleh itu, perisian atau aplikasi Quizizz ini saya rasakan amat membantu para pendidik untuk mengatasi masalah peniruan dan aktiviti kuiz yang dijalankan juga lebih menarik kerana ia seumpama sebuah permainan game.
Namun begitu, saya mencadangkan agar pensyarah yang ingin menggunakan aplikasi Quizizz ini perlu menerangkan lebih awal kepada pelajar dan mereka perlu bersungguh-sungguh mengulangkaji subjek yang akan diuji.
Kesesuian masa dan tahap kesukaran juga perlu diambil kira sebelum memulakan sesi kuiz atau ujian yang hendak dijalankan.
Kepada anda yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini boleh lihat caranya melalui video di bawah ini.
Mudah-mudahan bermanfaat post ini dan semoga berjumpa lagi.

Pelajar-pelajar saya baru selesai menjawa soalan kuiz menggunakan aplikasi Quizizz |
Hasilnya saya amat berpuas hati. Memang rezeki saya.
Mana tidaknya, kalau sebelum ini saya terpaksa menyusun kedudukan pelajar-pelajar semasa sesi kuiz adalah dengan menjarakkan lokasi setiap pelajar kerana bimbang mereka boleh meniru.
Namun, dengan menggunakan aplikasi Quizizz ini saya menggalakkan pelajar duduk dekat-dekat semasa menjalankan sesi kuiz.
Semua pelajar digalakkan duduk dekat dengan kawan sebelah dan tiru kawan sebelum.
Pelajar-pelajar mungkin terkejut sebab saya cakap seperti di atas. Bila mereka lihat rakan sebelah terus berubah wajah.
Aplikasi Quizizz Dapat Mengatasi Masalah Pelajar Meniru
Kenapa saya menggalakkan pelajar-pelajar duduk dekat dan meniru antara satu sama lain?
Kepada anda yang belum pernah menggunakan aplikasi ini pasti keliru dengan kenyataan saya.
Baiklah, untuk makluman anda aplikasi ini akan berjalan mengikut masa secara langsung atau live.
Maksudnya, pensyarah yang menentukan berapa masa bagi sesuatu soalan hendak dijawab dan berapa lama masa yang perlu diambil untuk menyelesaikan seluruh soalan yang dihasilkan. Ini semua dilakukan sebelum sesuatu kuiz berjalan.
Yang menariknya, apabila kuiz bermula setiap pelajar akan mendapat soalan yang berbeza susunannya dan dia terpaksa fokus dengan soalannya sendiri tanpa menghiraukan soalan rakan sebelah kerana penunjuk masa sedang berjalan.
Andainya seorang pelajar itu sibuk dengan soalan rakan sebelah atau cuba meniru rakan sebelah, dia hanya membuang masa.
Selepas habis pelajar-pelajar menjawab soalan dalam aplikasi itu, keputusan quiz boleh diketahui oleh setiap orang yang terlibat.
Pelajar-pelajar boleh melihat keputusan kuiz mereka serta merta |
Keputusan pelajar yang telah menjawab |
Ini contoh keputusan pelajar yang telah menjawab dari segi item |
Pensyarah boleh membuat analisis, soalan yang mana pelajar boleh jawab dan tidak |
Usai pelajar menjawab soalan kuiz, pensyarah boleh buat analisis dan muat turun keputusan pelajar.
Setelah mengajar di politeknik hampir 10 tahun, antara masalah yang sering dihadapi oleh pensyarah adalah kes peniruan semasa menjalan kuiz atau ujian.
Oleh itu, perisian atau aplikasi Quizizz ini saya rasakan amat membantu para pendidik untuk mengatasi masalah peniruan dan aktiviti kuiz yang dijalankan juga lebih menarik kerana ia seumpama sebuah permainan game.
Namun begitu, saya mencadangkan agar pensyarah yang ingin menggunakan aplikasi Quizizz ini perlu menerangkan lebih awal kepada pelajar dan mereka perlu bersungguh-sungguh mengulangkaji subjek yang akan diuji.
Kesesuian masa dan tahap kesukaran juga perlu diambil kira sebelum memulakan sesi kuiz atau ujian yang hendak dijalankan.
Kepada anda yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini boleh lihat caranya melalui video di bawah ini.
Mudah-mudahan bermanfaat post ini dan semoga berjumpa lagi.
Tag :
Teknologi Pendidikan
2 Komentar untuk "Aplikasi Quizizz Dapat Mengatasi Masalah Pelajar Meniru"
APLIKASI YG WAJAR DIGUNAKAN PARACIKGU PENSYARAH UTK MENGELAKN PELAJAR MRK MNIRU TAPI PLJR YG RJN STUDY N ADA KEYAKINAN DIRI TNTU XKAN MENIRU
betul tu...sangat setuju