Hari Ini Sudah Berselawat

Kini Anda Boleh Membeli Buku Menerusi Laman Web Kinokuniya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Anda pernah dengar nama sebuah kedai buku Kinokuniya?


Sejujurnya, saya pun baru dengar. Nama Kinokuniya saya jumpa dari sebuah artikel yang saya baca tentang pelaburan emas.


Penulis blog tersebut telah menghasilkan sebuah buku terbaru dan bukunya terjual di kedai buku Kinokuniya.

Paparan laman web Kinokuniya
Paparan laman web Kinokuniya


Kinokuniya adalah sebuah kedai buku di KLCC. Kedai buku fizikal yang cukup besar.


Di kedai ini, memang menjual beribu-ribu jenis buku dari pelbagai bahasa antaranya Jepun, Malaysia, English, China dan sebagainya.


Selain buku, stasionari dan permainan kanak-kanak juga turut dijual di sini.


Namun begitu, tidak semua orang dapat ke kedai tersebut kerana kedudukannya di KLCC betul tak?


Saya sendiri pun tinggal di Pulau Pinang. Entah bila boleh pergi saya pun tidak tahu.


Tetapi tidak mustahil. Mungkin ada rezeki nanti saya boleh pergi, sebabnya saya memang suka berkunjung ke kedai buku walaupun tidak membeli.


Kini Anda Boleh Membeli Buku Menerusi Laman Web Kinokuniya



Oleh itu, anda jangan bimbang kerana kita boleh membeli buku ini secara atas talian. Anda boleh layari website Kinokuniya untuk membeli buku atau apa sahaja barang yang anda berkenan.


Antara buku yang sedang viral adalah buku Pulang yang diadaptasi daripada Filem Pulang tulisan Lily Haslina Nasir.

Gambar daripada filem Pulang. Ehsan primeworks
Gambar daripada filem Pulang. Ehsan primeworks


Semasa saya menulis post ini, harga buku ini ada potongan harga sebanyak 10%. Cuma saya kurang pasti adakah potongan harga buku ini ditawarkan kepada semua pembeli atau ahli Kinokuniya sahaja.


Jadi, anda boleh layari sendiri ke website Kinokuniya dan memilih mana-mana buku atau apa sahaja barang yang anda minati dan membelinya.


Sebelum akhir, buku adalah teman karib yang tidak pernah jemu bersama kita. Sekian dulu untuk kali ini, kita jumpa lagi.
Tag : Buku
0 Komentar untuk "Kini Anda Boleh Membeli Buku Menerusi Laman Web Kinokuniya"

Back To Top