Jom Kita Berselawat

Kesalahan Penggunaan Perkataan HEAR dan LISTEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ya, bertemu lagi dalam siri kesalahan-kesalahan biasa dalam Bahasa Inggeris.


Dalam siri ini saya nak berkongsi dengan  anda semua tentang kesalahan  penggunaan perkataan HEAR dan LISTEN.

Kesalahan  Penggunaan Perkataan HEAR dan LISTEN
Kesalahan  Penggunaan Perkataan HEAR dan LISTEN

Dari segi makna, saya rasa anda pasti tahu  maksud kedua-dua perkataan ini iaitu dengar  atau mendengar.


Kesalahan  Penggunaan Perkataan HEAR dan LISTEN


Tapi mari kita lihat perbezaannya.


 HEAR ialah kata kerja yang bermaksud mendengar  sesuatu bunyi secara bersahaja.

 Sebagai contoh:


She HEARD a noise outside. (HEARD ialah past tense bagi HEAR)


Dia terdengar bunyi bising diluar.


LISTEN pula ialah mendengar dengan teliti.


Semasa di sekolah, guru-guru Bahasa Inggeris  kita biasa menyebut “ LISTEN here.”, “ LISTEN class.”


Jadi, apa yang diminta oleh guru kita itu ialah supaya  kita mendengar dengan teliti tentang apa yang
ingin disampaikan.

 Contoh lain:


She LISTENED to the noise and realised it was only a cat.

Dia mendengar (dengan teliti) bunyi bising itu dan menyedari ia hanya seekor kucing.

 Sekali lagi saya ulang, HEAR=dengar,
 LISTEN=dengar dengan teliti.


Untuk mendapatkan panduan menguasai Bahasa Inggeris Dengan berkesan dapatkan Panduan Menguasai Bahasa Inggeris dengan berkesan. 


Dan anda juga boleh dapatkan banyak lagi buku-buku rujukan dan latihan di bookcafe dot com.


Jadi selepas ini  saya harap anda menggunakan  perkataan HEAR dan LISTEN ini dengan betul
dan tidak melakukan kesalahan.


 Sekian.
0 Komentar untuk "Kesalahan Penggunaan Perkataan HEAR dan LISTEN"

Back To Top