Hari Ini Sudah Berselawat

Keputusan Rayuan Kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera  

Hari ini, berita yang paling dicari dan ditunggu oleh majoriti rakyat Malaysia yang tinggal di dalam atau di luar negara adalah Keputusan Rayuan Kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kepada anda yang belum mengetahui Keputusan Rayuan Kes Lewat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh baca di sini.

Sumber asal berita ini dipetik daripada Astro Awani Online 
Anwar Ibrahim
 

Keputusan Rayuan Kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Mahkamah mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya bahawa wujud konspirasi politik dalam pertuduhan terhadapnya.

Sidang ditangguh sementara menantikan hukuman.

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
  
Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 7 Nov tahun lepas, Arifin menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel mungkin terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful, dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam memutuskan tentang sampel DNA.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.   

Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.
 
Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Keputusan Rayuan Kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim"

Back To Top