Hari Ini Sudah Berselawat

Sistem Pendidikan Di Peringkat Sekolah Di Malaysia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Ya, sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara, kita mesti tahu sistem pendidikan yang ada di negara kita.

Barulah semangat patriotik dapat disemai dalam diri sejak kecil lagi. Haha...saya gurau sahaja.

Sistem Pendidikan Di Peringkat Sekolah Di Malaysia
Belajar dan mengajar


Saya ingin tanya, adakah anda tahu sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan?

Kalau anda belum tahu, mari saya tunjukkan kepada anda sistem pendidikan di peringkat sekolah di Malaysia.

Sistem Pendidikan Di Peringkat Sekolah Di Malaysia


Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

Pendidikan Prasekolah


Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

Pendidikan Rendah


Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun; Ia terdiri daripada


  • sekolah kebangsaan atau 
  • sekolah jenis kebangsaan;


Pendidikan Menengah


Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;

Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-

  • Sekolah Akademik
  • Sekolah Teknik dan Vokasional
  • Sekolah Kebangsaan Agama
  • Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi Pendidikan Lain

  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
  • Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
  • Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.     

Inilah sedikit sebanyak maklumat tentang Sistem Pendidikan Di Peringkat Sekolah Di Malaysia. Walaupun kita orang Malaysia, Bahasa Inggeris penting juga. mari belajar di sini --->>>Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia
0 Komentar untuk "Sistem Pendidikan Di Peringkat Sekolah Di Malaysia"

Back To Top