Jom Kita Berselawat

Subhanallah Kematian Ketika Bertadarus Al-Quran

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Di saat kita berlumba-lumba melakukan ibadah di bulan yang mulia ini, Allah SWT tunjukkan kita akan kebesaranNya. 

Saya baru terbaca berita kematian seorang pelajar ketika bertadarus Al-Quran. Subhanallah, pasti sejuk hati ibu bapa dan keluarga kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) ini.


Hamba Allah yang dimaksudkan Ku Iqbal Ku Md Khir berusia 14 tahun secara tiba-tiba rebah di sisi kawannya pada jam 7.35 pagi. 

Gambar kenangan KU IQBAL(kanan)


Berita lanjut tentang kematian  Ketika Bertadarus Al-Quran boleh lihat di sinar harian online ataupun boleh baca dibawah ini.

ALOR SETAR - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) meninggal dunia ketika sedang bertadarus al-Quran, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.35 pagi tadi apabila Ku Iqbal Ku Md Khir, 14, secara tiba-tiba rebah di sisi kawannya.

Penolong Kanan Kokurikulum SMKAK, Johari Jaafar berkata, ia adalah kejadian pertama kali berlaku di sekolah itu.

Beliau berkata, sebelum kejadian, semua pelajar diarah mengikuti majlis tadarus al-Quran yang diadakan setiap pagi di surau.

“Keadaan pada pagi itu tenang dan semua pelajar menjalankan rutin harian pada bulan Ramadan dengan bertadarus al-Quran seperti biasa.

“Tetapi secara tiba-tiba Ku Iqbal yang ketika itu sedang membaca ayat al-Quran kelihatan sedang menundukkan kepalanya secara perlahan-lahan sebelum rebah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sejurus kejadian itu, pihak sekolah segera menghubungi ambulans dan memaklumkan kepada ahli keluarganya kira-kira jam 8.00 pagi.

“Pemeriksaan awal doktor mengesahkan bahawa dia meninggal di tempat kejadian.

“Perkara ini amat menyedihkan kami semua warga sekolah kerana dia seorang pelajar yang baik, ceria dan mendengar kata,” katanya.

Beliau berkata, jenazah kemudian di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Johari berkata, pihak sekolah juga melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu keluarganya menguruskan jenazah.

Jenazahnya disembahyang dan dikebumikan dekat Masjid Alor Semela di sini, selepas solat As
ar.
 Inilah yang dikatakan beribadah sehingga hujung nyawa. Jom kita doakan dan sedekah al-Fatihah kepada almarhumah. Tanda-tanda kematian husnul khatimah.
Tag : iktibar
4 Komentar untuk "Subhanallah Kematian Ketika Bertadarus Al-Quran"

Subhanallahhh :') jemput singgah ke blog SMkalau sudi :)

http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

Back To Top