Hari Ini Sudah Berselawat

Pageview Di Blog Mencecah 11 Ribu Lebih Dalam Satu Hari

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Tragedi Pesawat MH 17 musnah masih segar dalam minda rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia. Siasatan berkenaan kejadian ini sedang dijalankan.

Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada mangsa dan semoga keluarga mangsa dapat menerima dan redha dengan ketentuan Ilahi.


Sementara kita bersimpati dengan kejadian yang menimpa penumpang MH 17 ini, saya ingin kongsikan tentang blog saya yang berubah secara mendadak.

Pageview Di Blog Mencecah 11 Ribu Lebih Dalam Satu Hari
Pageview Di Blog Mencecah 11 Ribu Lebih Dalam Satu Hari 

Pageview Di Blog Mencecah 11 Ribu Lebih Dalam Satu Hari


Bagun pagi tadi saya terkesima sekejap tatkala memandang pageview blog saya mencecah 11,470. dalam tempoh satu hari. Alhamdulillah...Ini Rezeki Allah.

Meskipun page view angka 11 ribu ini adalah perkara biasa bagi blogger otai, tapi bagi saya ia adalah sangat besar, kerana saya tidak pernah merasa page view sampai begitu rupa.

Pageview Di Blog Mencecah 11 Ribu Lebih Dalam Satu Hari

Bagaimana boleh jadi begini? 


Saya pun cari melalui google, untuk dapatkan maklumat dari blogger-blogger otai. Yes, saya dapat belajar sesuatu tentang blogging.

Dalam usaha meningkatkan pageview blog kita, keyword atau kata kunci adalah perkara penting yang perlu blogger ambil perhatian.

Kalau kita berjaya menggunakan keyword yang amat dicari oleh pengguna internet. Ya, Kita adalah juara.

Dalam kes saya ini, keyword yang melekat pada blog adalah MH17. Mungkin kerana isu MH17 masih baru, maka ia menjadi buruan pencari maklumat di internet.

Saya pun tidak pasti berapa keyword yang menjadi buruan ramai ini bertahan , tetapi sekurang-kurangnya ia menyumbang kepada pageview blog saya waktu ini.

Dalam berblog kita perlu rajin mengkaji dan membaca,. Cuba cari keyword yang memang orang mahu. InsyaAllah akan dapat sesuatu yang menggembirakan kita.

Tag : Tip Blogging
3 Komentar untuk "Pageview Di Blog Mencecah 11 Ribu Lebih Dalam Satu Hari"

Back To Top