Hari Ini Sudah Berselawat

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Ketika Sujud Pada 1 Syawal

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Hari ini sudah masuk hari raya ke tiga bagi umat Islam di Malaysia dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri. Saya agak terkesima membaca berita tentang seorang lelaki yang meninggal dunia ketika sujud pada 1 syawal baru-baru ini.

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Ketika Sujud Pada 1 Syawal


Kejadian ini berlaku di Jalan Teluk Lipat Dungun, Terengganu. Hal ini dikhabarkan oleh sanak saudara yang berkunjung ke rumah lelaki itu untuk meraikan hari raya.

Mangsa Ambak Mohamad 82 tahun, merupakan seorang pesara Majlis Perbandaran Dungun ditemui di dalam biliknya sendiri oleh anak saudaranya yang datang melawat sekitar jam 5 petang.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sujud di atas tikar sembahyang di dalam biliknya dan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia empat hari yang lepas berdasarkan mayat yang sudah berbau dan hampir reput.

Anak saudara mangsa Zulkifli Harun, 58 tahun memaklumkan sebaik sahaja menerima panggilan daripada kakaknya, beliau terus bergegas ke rumah mangsa dan sebaik membuka pintu bilik itu beliau terkejut mendapati keadaan mangsa yang hampir reput dan berbau.

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Ketika Sujud Pada 1 Syawal
Gambar Sujud
Mangsa dipercai di serang sakit jantung. Meskipun mangsa tinggal bersama dengan isteri dan seorang anak angkat namun kedua-duanya mengalami masalah mental.


Ulasan saya


Sesuatu kejadian yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Mari kita hadiahkan Al-Fatihah kepada si mati. Harap-harap si mati meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

Apabila Allah SWT khabarkan kematian kepada kita, sepatutnya kita merenung dan muhasabah diri. Barangkali kita bertanya kepada diri sendiri bagaimanalah keadaan kematian kita nanti. Kita juga mengharapkan agar berakhir dengan husnul khatimah.

Sebab itu, kita diajarkan dengan satu doa yang khusus pada setiap hari agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan dijauhkan dari su ul khatimah.

Tag : iktibar
0 Komentar untuk "Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Ketika Sujud Pada 1 Syawal"

Back To Top