Hari Ini Sudah Berselawat

Allah Maha Pengampun

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Rindunya dengan blog notamengajarbelajar ini. Baru hari ini dapat membukanya. Terdapat ramai pengunjung setia yang tidak jemu-jemu melontarkan pandangan. 

Terima kasih kepada semua. 

Saya baru sahaja selesai menyiapkan satu tugasan sepanjang minggu yang lalu untuk di bawa ke seminar ICCSCE di ParkRoyal Pulau Pinang. 

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya. Seminar yang bermula pada 29 dan berakhir pada 1 Disember 2013 dapat saya lalui dengan lancar.

Esok bermulalah semester baharu pelajar politeknik dan pelajar uitm minggu lepas sudah bermula. Rutin yang tidak habis. Ia berlalu dan berlalu.

Allah Maha Pengampun

Allah Maha Pengampun

Sekejap sahajakan masa berlalu. Ia tidak pernah berhenti menunggu kita. Cuma kita yang sering menunggu masa agar ia berlalu.

Kurang sebulan sahaja lagi, kita akan melangkah masuk ke tahun baharu 2014. Bagaimanalah dengan masa yang lalu? 

Adakah setiap pengisian masa yang lalu bernilai di sisi Allah SWT? Adakah matlamat yang kita tetap sebelum tahun ini tercapai seperti mana yang di inginkan?

Bagi saya apa sahaja yang telah kita telah jalani dan bakal lalui, semua itu ketentuan Ilahi. Namun, ia tidak lari dari pilihan yang kita buat sendiri.

Diri kita sendiri boleh menilainya. Sekiranya ada yang kita lakukan tidak bertepatan dengan kehendak Ilahi marilah kita bertaubat dan mohon ampun kepada Allah SWT.

Dia Maha Pengampun! Kenyataan yang perlu kita yakini dan percaya tanpa perlu ada kompromi lagi sebagai umat Islam.

Pernahkah rakan-rakan sekalian membaca atau mendengar kisah seorang pembunuh yang membunuh 99 orang mangsa yang ingin bertaubat?

Saya rasa ramai yang telah mengetahuinya. Kalau belum pernah mari kita renung dan hayati kisah yang mahsyur ini.

Secara ringkasnya, ada seorang pembunuh yang telah membunuh seramai 99 orang dan tiba-tiba Allah timbulkan satu perasaan ingin bertaubat dalam dirinya.

Dia kemudiannya, membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang ahli ibadah demi bertanyakan adakah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT?

Lantas, orang yang ditemuinya itu memberi jawapan yang tidak menyenangkan iaitu Allah SWT tidak menerima taubat orang yang melakukan kekejaman sebegitu rupa.

Oleh kerana pembunuh itu berasa terlalu marah maka dia membunuh ahli ibadah tersebut. Maka jumlah mangsa yang terkumpul sekarang adalah 100 orang.

Pembunuh itu masih tidak berpuas hati lagi. Dia mencari orang alim dalam agama untuk bertanyakan soalan yang sama iaitu adakah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT?

Orang alim tersebut menjawab dengan tenang bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun. Dia tetap menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh tetapi dengan satu syarat.

Pembunuh itu berasa lega dan teruja. Dia betul-betul ingin bertaubat dan bertanyakan apakah syarat yang perlu dia tunaikan.

Orang alim itu berkata bahawa dia perlu meninggalkan kampung atau kelompok yang dia diami sekarang ini. 

Dia perlu berhijrah ke satu kampung atau kelompok lain. Barangkali tempat yang dia diami sekarang ini terdapat banyak maksiat dan tempat yang perlu ditujuinya itu jauh dari budaya maksiat.

Lalu, pembunuh itu terus bergegas menuju ke tempat yang dinyatakan oleh orang alim itu tadi. Dengan kehendak Allah SWT, belum sempat pembunuh itu sampai nyawanya telah dicabut.

Di certikan bahawa pada ketika itu, datang dua malaikat secara serentak keran ingin membawa pergi mayat si pembunuh itu. 

Malaikat yang pertama ingin membawa masuk ke dalam syurga dan malaikat yang satu lagi ingin membawanya ke dalam neraka.

Keadaan ini agak meruncing kerana kedua-dua malaikat berebut-rebut untuk mengambil mayat tersebut. Kedua-duanya mempunyai alasan yang kukuh.

Kemudian, Allah SWT datangkan satu malaikat untuk menjadi pengadil bagi meleraikan masalah yang timbu ini.

Malaikat yang ke tiga itu menyatakan bahawa mayat akan dibawa oleh mana-mana malaikat tadi berdasarkan jarak kedudukan mayat ini berada.

Jika jarak mayat ini berada lebih dekat dengan tempat yang baru hendak ditujuinya maka ke syurgalah tempatnya tetapi jika mayat ini lebih dekat dengan tempat lamanya maka ke nerakalah tempatnya.

Malaikat-malaikat tersebut melakukan sepertimana yang diarahkan oleh malaikat ke tiga itu. Akhirnya mereka mendapat keputusan bahawa kedudukan mayat tersebut lebih dekat sedikit dengan tempat yang baharu hendak ditujuinya.

Inilah kebesaran Allah SWT yang perlu kita imani. Kalau kita dengar penjelasan orang yang berilmu, memang banyak pengajaran daripada kisah ini.

Bagi saya yang kerdil ini satu pengajaran yang ingin saya kongsikan di sini adalah Allah SWT Maha Pengampun.

Sebagai manusia yang memiliki serba kekurangan, kita perlu akur bahawa kita tidak mudah terlepas dari melakukan kesalahan.

Oleh sebab demikian, Rasulullah SAW ajarkan kita supaya tidak meninggalkan istighfar dan bertaubat setiap hari.

Rasulullah SAW yang maksum sekalipun setiap hari beristghfar dan bermunajat kepada Allah SWT, inikan pula kita yang tidak sunyi dari melakukan dosa.

Waalahualam...peringatan ini adalah untuk diri sendiri.

Tag : Motivasi
19 Komentar untuk "Allah Maha Pengampun"

belajar rajin2, jangan dok usha2 aweks je

Apa yang terbaik dalam tahun ni jadikan panduan untuk melangkah masuk ke tahun baru tidak lama lagi..

terima kasih di atas nasihat yg berguna ini...

pernah mendengar kisah ini lama dulu, terima kasih kerana mengembalikan ingatan aiza pada kisah ini.. bersama kita mengambil ikhtibar.. betul tu, Allah maha pengampun di atas dosa hamba-Nya yang mahu bertaubat dan berubah menjadi lebih baik..
selamat kembali mengajar di semester baru.. tentu banyak cabaran menjadi seorang pensyarahkan? anak saudara aiza belajar di politeknik juga, tapi di perlis.. hari ini dia dah mula latihan industri..

Tq kerana sudi singgah....salam blogging selalu.

menarik kisah ni..terima kasih kerana mengingatkan :)

sama-sama kita memang perlu ingat mengingat sesama sendiri...kita banyak kelemahan

terima kasih juga kerana sudi singgah ke blog ini

Assalammualaikum...faizal,

terima kasih atas ingatan nie.. Allah maha pengampun atas hamba2Nya..

mselim3

betul tu.. insya-Allah ingat-mengingatkan antara satu sama lain..

Back To Top