Hari Ini Sudah Berselawat

Terhentinya Gelak Ketawa

Assalamualaikum WBT

Biasanya saya akan makan pagi sebelum datang ke pejabat. Namun, di sebab tergesa-gesa menguruskan anak-anak, saya terpaksa makan di kantin pejabat.

Setelah mengambil sepinggan nasi goreng bersama air milo suam, saya pun duduk di sebelah rakan sepejabat yang lebih awal datang ke kantin.

Sambil menikmati sarapan pagi, kami berbual-bual. Pelbagai topik yang dibincangkan termasuk isu-isu semasa yang berlegar dicorong-corong radio, tv dan internet. Kadang-kadang, isu yang dibangkitkan menyebabkan kami tertawa kerana terlalu menggelikan hati. 

Di saat rancaknya kami bebual, kami tidak menyedari bahawa datang Pengarah Jabatan kami bekerja yang ingin turut serta bersarapan bersama kami.

"Seronok nampak, apa isu yang dibualkan " tegur Pengarah tersebut sambil manarik kerusi untuk duduk bersebelahan dengan saya.  


Kami agak terkesima dengan kedatangan Pengarah Jabatan. Namun, sikap pengarah tersebut yang mudah mesra dan terbuka menyebabkan hubungan sesama kami tidak pemisah yang jauh.

"Tiada apalah Tuan Haji, berbual-bual berkenaan tentang kemalangan yang berlaku dekat taman saya semalam." jelas saya kepada pengarah itu.

"Apa yang menggelikan hati sangat? Dari jauh saya sudah dapat dengar suara kamu ketawa." soal pegngarah lagi.

"Bukan apa, kemalangan yang terjadi itu agak pelik. Sebuah kereta wira yang dipandu oleh seorang lelaki dalam lingkungan 50 tahun telah terlanggar sebuah pokok " sambung rakan saya pula.

"Sudahnya, apa yang terjadi?" tanya pengarah lagi.

"Tiada kesan apa-apa yang berlaku terhadap pemandu itu dan keretanya. Cuma saya dengar cerita, pemandu itu terlanggar pokok kerana dia terkejut tatkala isteri yang berada di sebelahnya mengatakan roadtax keretanya telah mati." saya memberi penjelasan sambil tersenyum.

"Oh begitu. Saya ingatkan apa tadi." ujar pengarah.

Pengarah itu menukar tajuk perbualan dan berkongsi sedikit pengalaman yang dia perolehi." Semalam saya pergi kuliah maghrib di surau taman saya. Ustaz yang mengajar kitab ada menceritakan kisah Rasulullah SAW yang melewati beberapa orang yang sedang tergelak-gelak. Kemudian, Rasulullah SAW bertanyakan kepada orang-orang itu, apa yang kamu ketawakan? Jika kamu tahu azab-azab Allah, kamu akan semakin sedikit ketawa dan kamu akan sering menangisi diri kamu."

Saya yang baru sahaja menghabiskan nasi goreng yang diberi tersentak mendengar penjelasan pengarah itu. Minuman yang berada dalam cawan belum sempat dihabiskan. Pada ketika itu saya juga teringat maksud sebuah firman Allah SWT yang pernah bibaca oleh seorang ustaz.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa sesungguhnya Akulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan sesungguhnya azabKu amat Pedih." (Al-Hijr: 49-50)

Tag : Cerita
0 Komentar untuk "Terhentinya Gelak Ketawa"

Back To Top