Hari Ini Sudah Berselawat

Tarikh Akhir Pembubaran Parlimen 24 April 2013

Assalamualaikum WBT

Tarikh keramat yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat negara Malaysia ialah tarikh Pilihan Raya Umum 13. Ini kerana pada hari tersebut seluruh rakyat akan menyambutnya dengan membuang undi untuk memilih pemimpin yang akan menerajui pemerintahan negara.

Tarikh Akhir Pembubaran Parlimen 24 April 2013



Tarikh Akhir Pembubaran Parlimen 24 April 2013

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 sekiranya tiada pilihan raya umum diadakan sebelum itu. Sumber di sini.

Piliharaya yang bakal dijalankan bakal menyaksikan bagaimana setiap parti yang bertanding akan menjalankan aktiviti kempen.

Kemeriahan pilihanraya untuk kali ini dirasakan lebih meriah dengan dokongan teknologi yang semakin canggih. 


Berdasarkan pemerhatian saya, sama pilihan raya ke 12 dahulu tidak semeriah pilihan raya selepas daripada  tarikh tersebut biarpun pilihan raya kecil yang dijalankan. 

Saya berkata sedemikian, kerana  di sepanjang penggal selepas pilihan raya ke 12 sehingga pilihan raya ke 13 kemeriahan untuk setiap pilihanraya kecil semakin meriah dengan ke hadiran pihak penyokong dan pendokong dari seluruh negeri untuk memberi bantuan dalam memenangkan calon yang mereka pilih.

Biarpun tarikh pilihan raya masih belum kita ketahui, kita perlu bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan untuk kita melakukan proses undian dengan bijak.

Buatlah pilihan berdasarkan ilmu yang dilandaskan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW kerana ini lah dia panduan yang baginda tinggalkan.


Tag : isu semasa
2 Komentar untuk "Tarikh Akhir Pembubaran Parlimen 24 April 2013"

Semua siap sedia nak ngundi jelah nampak gayanya..

Back To Top