Jom Kita Berselawat

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Tanda-tanda / Simptom:

Deman DAN salah satu simptom dibawah

Batuk

Sakit tekak

Sakit / lenguh badan

Sakit kepala



Simptom-simptom lain adalah seperti:

Lemah badan

Muntah

Sesak nafas

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda / simptom seperti di atas, segeralah dapatkan rawatan di pusat kesihatan UMP / klinik-klinik panel. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian hotline 09 5492545



Sumber:

http://jkbertindak.ump.edu.my/
0 Komentar untuk "Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?"

Back To Top