Hari Ini Sudah Berselawat

Pengaruh Sosiologi Dalam Pendidikan

Assalamualaikum WBT

Sistem pendidikn yang terhasil bagi institusi pengajian adalah gabungan daripada pelbagai sumber umpamanya falsafah, psikologi dan sosiologi. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Pengaruh Sosiologi Dalam Pendidikan.



Pengaruh Sosiologi Dalam Pendidikan

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di kebanyakkan Negara sehingga ke hari ini adalah lahir daripada aspirasi sosial dan Negara.

Golongan social mempunyai peranan tinggi bagi memajukan pelajar. Lantaran itu, hubungan sosial dengan pendidikan sangat rapat dan mempunyai pengaruh yang besar.

Kesannya, wujud satu bidang yang sangat penting dalam dunia pendidikan iaitu sosiologi pendidikan. Kini, ramai ahli sosiologi yang mengkaji dan memahami berbagai-bagai keperluan social.

Kajian-kajian mereka biasanya menggunakan kaedah saintifik. Pendekatan ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kemajuan perkembangan pendidikan.

Antara pengaruh-pengaruh yang dimaksudkan itu ialah:

1. Pendekatan sosiologi dapat diseragamkan dengan pendekatan pendidikan.
2. Ahli sosiologi yang menganalisis sesebuah masyarakat akan dapat mewujudkan suatu program pendidikan yang lebih baik, iaitu sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.
3. Hasil penyelidikan sosiologi akan menjadi asas kepada objektif dan juga pembentukan sesuatu kurikulum pendidikan.
4. Sosiologi pendidikan adalah agen kepada perubahan dan kemajuan sesebuah masyarakat.
5. Proses social adalah sebahagian daripada proses untuk memikirkan masa keperluan pendidikan.
6. Teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan sosiologi boleh membantu guru-guru memperkembangkan ilmu dan kaedah pengajaran.
7. Cara pentadbiran institusi pendidikan juga dipengaruhi oleh kajian-kajian sosiologi.
8. Pendekatan sosiologi boleh membantu guru-guru menjalankan tugas dengan cekap bagi membantu perkembangan dan dasar-dasar Negara.

Sumber:
Mohd. Saleh Lebar(1996).Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Tag : Sosiologi
0 Komentar untuk "Pengaruh Sosiologi Dalam Pendidikan"

Back To Top