Jom Kita Berselawat

Kesalahan Penggunaan Perkataan ADVICE dan ADVISE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Semalam saya telah kongsikan dengan anda tentang Kesalahan Penggunaan Perkataan ACCEPT dan EXCEPT.

Kesalahan Penggunaan Perkataan ADVICE dan ADVISE.
Kesalahan Penggunaan Perkataan ADVICE dan ADVISE.   

Kesalahan Penggunaan Perkataan ADVICE dan ADVISE.    


Hari ini saya nak berkongsi pula dengan anda berkenaan kesalahan penggunaan perkataan ADVICE dan ADVISE.

Sekali lagi, bunyi bagi kedua-dua  perkataan ini adalah sama dan tiada bezanya.



Habis tu, apa yang membezakan kedua-dua perkataan ini?


Ya,


 Mari kita lihat satu persatu.

ADVICE diakhiri dengan ‘CE’ manakala ADVISE diakhiri dengan ‘SE’.

Dari segi terjemahan:

  • ADVICE ialah kata nama yang bermaksud nasihat.

Contohnya: "I need someone to give me some ADVICE."
Saya perlukan seseorang untuk memberikan saya sedikit nasihat.

Yang menjadi kesalahan penggunaan ADVICE kalau anda membuat ayat begini

Contohnya"I need someone to give me some ADVISE."

  • ADVISE pula ialah kata kerja bagi perkataan ADVICE, yang bermaksud menasihati.

For example: "I ADVISE everybody to be nice to their teacher."
Saya menasihati setiap orang supaya berbuat baik dengan guru mereka.

Yang menjadi kesalahan penggunaan ADVICE kalau anda membuat ayat begini

 Contohnya:"I ADVICE everybody to be nice to their teacher."

Nampak tak kesalahnnya.

Jadi, sebelum anda hendak  menggunakan perkataan ini, lebih baik anda memberi perhatian kepada  dua huruf terakhirnya samada ‘CE’ atau ‘SE’ untuk mengelakkan kesalahan.


Sekian. Bertemu lagi dalam siri berikutnya.


Jangan lupa dapatkan Panduan Menguasai Bahasa Inggeris yang praktikal, berkesan dan bermotivasi ini.

Klik Sekarang --->>>Panduan Menguasai Bahasa Inggeris

0 Komentar untuk "Kesalahan Penggunaan Perkataan ADVICE dan ADVISE. "

Back To Top