Jom Kita Berselawat

Solat Jenazah Ghaib Untuk Jenazah Pesawat MH17?

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Proses siasatan berkenaan dengan tragedi MH17 masih dijalankan. Pencarian dan pemindahan mangsa-mangsa juga sedang dilaksanakan. 

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyampaikan ucapan penggulungan pada Majlis Pelancaran Projek Usahasama dan Seminar Membanteras Penularan Syiah di negeri ini di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyampaikan ucapan penggulungan pada Majlis Pelancaran Projek Usahasama dan Seminar Membanteras Penularan Syiah di negeri ini di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama

Solat Jenazah Ghaib Untuk Jenazah Pesawat MH17?


Dalam kita menangisi pemergian penumpang Pesawat MH 17, jangan lupa bahawa Solat Jenazah Ghaib Untuk Jenazah Pesawat MH17 yang bergama Islam boleh dilakukan walaupun jenazah belum tentu boleh dibawa balik ke Malaysia ataupun tidak.


Hal ini dinyatakan sendiri oleh Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

   
Beliau berkata, tidak menjadi kesalahan untuk melakukannya kerana sekiranya mayat boleh dibawa pulang pada bila-bila masa selepas ini, ia masih boleh diuruskan seperti biasa.
"Kalau rasa macam tidak ada harapan untuk bawa balik jenazah, elok buat solat ghaib dan doakan arwah," katanya ketika diminta mengulas mengenai kesukaran untuk membawa pulang mayat mangsa nahas ke Malaysia bagi diuruskan dengan sempurna.
   

Tragedi pesawat HM 17 terhempas melibatkan 298 orang  dimana 283 penumpan dan 15 anak kapal yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Tag : isu semasa
4 Komentar untuk "Solat Jenazah Ghaib Untuk Jenazah Pesawat MH17?"

Back To Top