Hari Ini Sudah Berselawat

Keputusan STPM 2012 Memberangsangkan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Keputusan STPM 2012 baru sahaja dikeluarkan dan hasilnya memberangsangkan.

Hal ini berdasarkan peratusan calon yang lulus meningkat berbanding keputusan tahun lepas. 

Keputusan STPM 2012 Memberangsangkan

Calon STPM yang berjaya




BATU CAVES – Seramai 47, 884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Mohd. Noh Dalimin (gambar kecil) berkata, jumlah calon yang mendapat keputusan cemerlang gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil turut menunjukkan peningkatan iaitu seramai 18 calon berbanding 12 calon pada tahun 2011.

“Daripada jumlah itu, tujuh calon ialah pelajar daripada aliran sains manakala 11 calon lagi pelajar aliran sastera.

“Bagi calon yang mengambil empat mata pelajaran pula, seramai 379 mendapat gred A dalam keseluruhan mata pelajaran diambil, berbanding 256 pada tahun 2011,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2012 di Dewan Besar MPM di sini semalam.

Semoga laporan ini dapan memberi semangat kepada pelajar-pelajar lain yang sedang berjuang untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan STPM akan datang.

Laporan lain boleh dirujuk di utusan
Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Keputusan STPM 2012 Memberangsangkan"

Back To Top