Hari Ini Sudah Berselawat

Belajar Dengan Melakukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua yang mengunjung ke blog saya, terima kasih tidak terhingga. Saya kembali dengan suasana baru.
Mungkin ada yang pernah mendengar istilah Learning By Doing. Saya terjemahkan sendiri istilah ini dengan maksud saya belajar dengan melakukan.
Sepanjang kehidupan yang saya lalui, istilah ini sangat signifikan terhadap diri saya. Kalau kita renung-renung, adakah modul yang formal yang diikuti oleh ibu bapa kita dan diberikan kepada kita dalam mengajar kita aktiviti kehidupan sejak dari lahir sehingga kita besar.
Contoh yang mudah adakah mereka memberikan kita yang baru lahir ke dunia buku atau modul untuk kita belajar terlebih dahulu sebelum kita boleh berjalan, berlari, makan dan sebagainya? Bukan kah kita belajar berlari, makan dan minum dengan terus melakukan aktiviti berlari, makan dan minum tanpa merujuk buku.
Oleh yang demikian, untuk kita belajar suatu perkara baru jangan takut untuk mencuba. Teruskan aktviti perkara yang baru itu. Sepanjang proses kita malakukan perkara itu, kita akan belajar. Yang penting, jangan putus asa dan terus berusaha.
p/s: Usaha mesti seiring dengan doa
USAHA TANGGA KEJAYAAN
0 Komentar untuk "Belajar Dengan Melakukan"

Back To Top