Assalamualaikum dan salam sejahtera...
PS2 saya ada penambahan tajuk secara tiba-tiba. Ini memberi satu kejutan di minggu kedua semester ini bagi saya. Penyelia saya juga nampak berfikir panjang pada mulanya apabila saya menyatakan penambahan pemboleh ubah baru yang saya perlu masukkan dalam tajuk PS2 saya kerana secara automatiknya rombakan yang perlu saya lakukan adalah bermula daripada satu lagi. Seolah-olah saya perlu buat proposal lain. Namun, penyelia saya cakap think easy! awak buat dulu yang sepatutnya dan awak sendiri perlu ada motivasi. Jadi, saya fikir ini merupakan peluang untuk saya mendalami apa itu motivasi di samping menyiapkan PS2 yang semakin mencabar dan supaya saya juga turut bermotivasi apabila saya mendekati motivasi.
Walaupun nampak agak berat, saya cuba menyatakan di minda saya Insya-Allah saya boleh buat! Saya senyum sendirian dan memberi kata-kata kepada diri agar saya dapat memberi fokus yang lebih tinggi. Saya terpaksa lebih proaktif bergerak untuk melaksanakan PS2 saya ini di samping melaksanakan tugasan saya yang lain. Sebagai langkah permulaan saya perlu dapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan motivasi untuk saya dapatkan item-item motivasi yang perlu ditambah dalam soal selidik...Jangan tunggu lagi bergerak sekarang!
Semoga Allah S.W.T. memberi kekuatan kepada saya dan ditambahkan ilmu. Perjuangan perlu diteruskan! Walaupun perlu bermula dari titik permulaan.
Semoga Allah S.W.T. memberi kekuatan kepada saya dan ditambahkan ilmu. Perjuangan perlu diteruskan! Walaupun perlu bermula dari titik permulaan.
kejayaan di cipta oleh manusia biasa yang berusaha secara luar biasa - bill gates
Tag :
Motivasi
0 Komentar untuk "Kata-Kata Kepada diri"