Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Saya ingin tanya anda satu soalan, suka atau tidak makan coklat? Kalau ya, cuba tulis komen di bawah ini kenapa anda suka makan coklat.
Saya percaya, ramai yang jawab suka walaupun tidak mahu mengaku. Saya sendiri suka makan coklat. Anak dan isteri saya pun suka makan coklat.
Saya ingin tanya anda satu soalan, suka atau tidak makan coklat? Kalau ya, cuba tulis komen di bawah ini kenapa anda suka makan coklat.
Saya percaya, ramai yang jawab suka walaupun tidak mahu mengaku. Saya sendiri suka makan coklat. Anak dan isteri saya pun suka makan coklat.
Kanak-kanak sedang makan coklat yang sedap |
Kenapa Permintaan Coklat Buatan Tangan Terlalu Tinggi
#1. Ramai Orang Suka Makan Coklat
Sebab utama kenapa permintaan coklat buatan tangan terlalu tinggi adalah ramai yang suka makan coklat.
Lagi pula dalam pasaran, produk makanan berasaskan coklat terlalu banyak. Umpamanya kek coklat, gula-gula coklat, kuih coklat, roti berinti coklat, pau berinti coklat, buah kurma bersalut dan lain-lain lagi.
Produk-produk berasaskan coklat ini menarik minat ramai pelanggan.
#2. Coklat Buatan Tangan Tidak Sama Dengan Buatan Kilang
Menurut pembuat coklat yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan coklat, kebanyakkannya mengatakan coklat buatan tangan tidak sama dengan rasanya coklat yang sudah siap di kedai.
Coklat buatan tangan lebih sedap daripada coklat yang sudah siap di kedai mungkin kerana coklat itu dibuat di kilang.
Saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya sebab saya tidak membuat kajian sampai tahap itu. Kalau kita fikir secara logik coklat buatan tangan mungkin lebih rapi dari segi tatacara pembuatannya berbanding di kilang.
3#. Majlis Keraian Yang Banyak
Sekarang ini, majlis harijadi, pertunangan dan perkahwinan sentiasa dilangsungkan sepanjang tahun.
Majlis pertunangan dan perkahwinan bukan lagi seperti zaman saya kecil-kecil dahulu. Boleh dikira dengan jari.
Bukan hari Sabtu atau Ahad sahaja di adakan majlis pertunangan atau perkahwinan, hari-hari lain seperti Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat juga turut tidak ketinggalan.
Biasanya, coklat dijadikan sebagai goodies untuk majlis-majlis seperti hari jadi, pertunangan, perkahwinan, majlis berendoi dan keraian yang lain.
Coklat buatan tangan boleh dijadikan sebagai hantaran buat bakal suami atau isteri bagi mereka yang bakal berkahwin.
Ya, pasaran coklat memang cukup besar untuk anda terokai. Kalau anda tahu Rahsia Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum, In Sha Allah anda memang boleh buat duit.
0 Komentar untuk "Kenapa Permintaan Coklat Buatan Tangan Terlalu Tinggi"